Pages

Wednesday, 19 June 2013

Bantuan kebajikan: Terbelakah si miskin? - V. Sivakumar MP DAP Batu Gajah

Rabu, 19 Jun 2013
Suntingan: Hafiz Zainuddin
Kisah duka sebuah keluarga miskin
Saya ingin membawa kisah getir kehidupan sebuah keluarga di kawasan saya yang menetap di Desa Changka, Batu gajah. Beliau adalah seorang suami yang mengalami kemalangan pada Mac 2013 dan kini tidak boleh bekerja kerana berada dalam keadaan ilat.

Kemalangan jalan raya itu menghilangkan sumber pendapatan keluarganya. Lebih menyedihkan, beliau tidak mendapat apa-apa bantuan daripada orang yang bertanggungjawab menyebabkan kemalangan yang dialami.

Keluarga beliau kini berada dalam keadaan tertekan apa lagi isterinya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak mereka berumur empat tahun bersama seorang ibu yang uzur.

Bagaimanapun, beliau berjaya mendapat bantuan daripada PERKESO sebanyak RM350 sebulan.
Dalam keadaan inflasi yang tinggi ditambah dengan kos perubatan, sudah pasti keluraga itu hidup melarat. Setelah membayar sewa rumah, bil elektrik dan air, baki bantuan yang diterimanya hanya tinggal RM200 di mana ia akan diguna untuk menampung kos perbelanjaan sara hidup bagi tiga orang dewasa dan seorang anak kecil.

Adakah jumlah bantuan ini cukup untuk menampung keluarganya? Bolehkah keluarga ini terus hidup dalam keadaan kemiskinan yang melampau ini?

Bagi saya, kerajaan perlu memberi perhatian serius untuk menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya setiap keluarga yang terhimpit oleh keadaan yang tidak mengizinkan.

Jika ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari rezeki uzur atau meninggal dunia, kerajaan harus menambahkan bantuan kebajikan buat mereka meneruskan kehidupan, sekurang-kurangnya bantuan itu mampu melepasi paras kemiskinan yang ditetapkan.

Ini adalah satu daripada kisah benar yang berlaku di kawasan saya. Saya percaya, nasib yang menimpa keluarga ini bukan yang pertama dan terakhir. Sampai bila kita akan terus melihat dan mendengar kisah pilu yang dialami sebahagian masyarakat sekeliling kita sedangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak sumber pendapatan. Kerajaan perlu lakukan sesuatu agar golongan berkenaan tidak terus melarat di tanah air sendiri.-Roketkini.com
Bantuan kebajikan: Terbelakah si miskin?
SECARA umumnya, dasar kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Malaysia kepada warganya adalah baik biarpun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Ia dapat dilihat terutamanya dalam bidang kesihatan yang mana kos perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan dapat dinikmati dengan bayaran minimum RM1.

Selain itu, kita juga tidak boleh menafikan bahawa kerajaan juga sudah lama mengadakan skim bantuan kebajikan masyarakat, bantuan pinjaman kepada peniaga kecil, biasiswa pelajar ke universiti, pemberian subsidi harga barang keperluan dan sebagainya.

Namun, di sebalik semua dasar kebajikan itu, mengapa masih ramai golongan masyarakat yang hidup melarat dan terpinggir? Antara golongan terbesar yang menjadi dominan dalam kategori ini ialah mereka yang ditimpa nasib malang seperti kemalangan yang mengakibatkan kecacatan kekal (ilat), ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).
JOHOR
RUMAH KELUARGA MOHD NOOR MUSA SG. PETANI
Bantuan kebajikan berada di bawah paras kemiskinan
Benar, kerajaan memainkan peranan memberi bantuan kebajikan kepada mereka yang layak, tetapi persoalan yang timbul ialah adakah bantuan kebajikan yang diberi itu cukup untuk menampung perbelanjaan keperluan mereka? Apa lagi bagi mereka yang benar-benar tidak mampu untuk bekerja.

Kata orang, ‘duit tidak pernah sentiasa cukup’. Tetapi bagaimana pula dengan bantuan kebajikan yang ‘tidak pernah cukup’ malah berada di bawah paras kemiskinan tegar (PGK)?

Merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pendapatan keluarga di bawah PGK semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah layak memohon bantuan kebajikan.

Selain JKM, agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, PERKESO, Pusat Zakat dan beberapa badan lain turut menawarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Seperti di Perak, bantuan yang diberi (JKM) kepada seseorang ibu tunggal dengan anak yang masih bersekolah berjumlah RM100 bagi setiap anak dan jika beliau mempunyai lebih daripada empat anak, bantuan maksimum ialah RM450 sebulan. Persoalannya, adakah bantuan kebajikan yang diperoleh itu mampu melepasi tahap PGK semasa?
- See more at: http://roketkini.com/2013/06/18/bantuan-kebajikan-terbelakah-si-miskin-oleh-v-sivakumar-ahli-parlimen-batu-gajah/#sthash.TRyrVKwk.dpuf

No comments:

Post a Comment