Pages

Friday 7 June 2013

Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo

Jumaat, 7 Jun 2013
Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah "serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina.
NONE
Gooi (dua dari kanan) berkata, beliau juga turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri berhubung laporan tulisannya di blog yang disifatkan sebagai tidak adil sama sekali.

"Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya.

Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius.

Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.
Kisah Loo Jo Yee : Gadis Cina 17 Tahun Memeluk Islam

No comments:

Post a Comment