Pages

Sunday, 2 June 2013

BN terpaksa ‘merompak’ rakyat secara tidak disedari melalui cukai GST - Dewan Pemuda Pas Perak

Isnin, 3 Jun 2013
GST untuk laksana janji PRU BN?
Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah cara kerajaan untuk mengutip dana bagi merealisasikan segala janji pada PRU13 lalu.

Bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, BN sangat terdesak untuk menunaikan pelbagai janji termasuklah Bantuan Rakyat  1 Malaysia (BR1M) yang masih ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Menurutnya, BN mengakui perlaksanaan GST sangat memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang miskin namun itu adalah cara untuk mereka mencari dana bagi menunaikan segala janji.

“Mereka terdesak untuk tunaikan janji-janji mereka pada PRU13 lalu terutama pemberian BR1M, oleh itu mereka terpaksa ‘merompak’ rakyat secara tidak disedari melalui cukai GST,” katanya kepada media.

Fakhrulrazi menjelaskan, perlaksanaan GST adalah strategi mudah untuk BN meluaskan kutipan cukai meskipun mereka tahu kaedah tersebut merupakan satu kezaliman kepada rakyat Malaysia.

Katanya, negara ini tidaklah terlalu terdesak untuk mengukuhkan ekonomi memandangkan Malaysia mempunyai hasil mahsul yang cukup banyak.

“Negara ini mempunyai pelbagai hasil mahsul yang boleh menjana pendapatan Negara, justeru tidaklah terlalu mendesak sampai sanggup menzalimi rakyat dengan melaksanakan satu sistem cukai yang sangat membebani rakyat.

“Jika negara ini tidak mengamalkan pemerintahan yang korup dan pemimpinnya amanah, sudah pasti ekonomi dapat dijana dengan lebih baik,” jelasnya lagi.

Kata beliau, dengan perlaksanaan cukai ini, semua rakyat terpaksa menanggungnya termasuklah golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang sudah pasti sangat terbeban lebih-lebih lagi dalam suasana kos taraf hidup yang semakin meningkat.

Justeru, beliau berkata, kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak tidak seharusnya meneruskan hasrat untuk melaksanakan cukai tersebut.

“Cukuplah dengan beban yang telah dipikul oleh rakyat, jangan terus menzalimi rakyat dengan perlaksanaan cukai ini.

“Rakyat dalam keadaan sangat terbeban, seharusnya kerajaan mengurangkan beban rakyat, bukannya terus membebankan rakyat,” tegasnya lagi.
Posted by Kedah Lanie at 11:00 AM
Pendapatan Negara Malaysia Melonjak RM27 Bilion. Syaratnya Cukai GST Mesti 7% Sama Dengan Singapura!
by STAFF BERITA SEMASA


Kalau dahulu semasa blok-blok Eropah mula-mula melaksanakan GST di negara mereka, kedudukan politik mereka dan sokongan rakyat begitu goyah dan goncang sekali. Walaubagaimanapun jikalau di Malaysia pun, kurang kedengaran untuk 2-3 bulan terakhir ini pelaksanaan GST Malaysia. Dan….

Dan selepas Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) melabuhkan tirainya, “kebaikan” dan “faedah” yang membawa keuntungan besar kepada kerajaan mula dihebahkan di media-media arus perdana termasuklah peluang kerajaan untuk menambah sekurang-kurangnya antara RM20 bilion hingga RM27 bilion setahun….


Good & Service Tax Malaysia

Berapa sebenarnya GST yang hendak dikenakan keatas penyokong PR nie... BN ok la tak kena..!!!
NONE
Berapa kadar sebenar GST?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala diminta menyatakan kadar sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ekoran kekeliruan berhubung perkara itu.

Anggota Parlimen Kelana Jaya daripada PKR Wong Chen (kanan) berkata, dalam perbahasan Parlimen tahun lalu, kerajaan memberitahu jumlah yang dicadangkan sebanyak 4 peratus.

Bagaimanapun, Idris dalam sebuah forum Jumaat lalu membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar 7 peratus, berdasarkan model Singapura.

"Jika mereka benar-benar mahu mengikuti model Singapura, mereka patut bermula dengan 3 peratus, kerana Singapura bermula dengan 3 peratus," katanya.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Wong juga mengkritik kerajaan yang didakwa tidak mengambil langkah membendung rasuah dan lebihan belanja.

Justeru, katanya, kerajaan BN tiada hak untuk bercakap tentang GST hinggalah selesai menangani isu-isu yang asas.


GST - Orang UNDI hangpa suruh cari duit jaga rakyat tapi lanie dok kutip duit kat rakyat pulak..!!



Orang nak cari PEKERJA cari yang RAJIN cari duit bagi kat BOS untuk menambah kewangan SYARIKAT nie tak cari PEKERJA yang kutip duit kat BOSlepas tu kata SYARIKAT untung..

Macam nielah juga jika nak lantik PEMIMPIN... cari yang rajin buat duit dengan cara apa sekalipun tapu bukan dengan cara ambik duit kat RAKYAT yang lantik, pilih & UNDI mereka... sedangkan PEMIMPIN itu menang rakyat pilih, gaji rakyat bayaq last mai kutip duit kat RAKYAT..

 Sepatutnya GST nie dikenakan keatas semua YB sebanyak 222 parlimen dan ADUN tu potong GAJI depa 10%

BAGUS BAGUS...nak kata BODO ka BANGANG rakyat macam nie..???
Posted by Kedah Lanie at 1:00 PM

No comments:

Post a Comment