Pages

Saturday, 15 June 2013

Gambar Poster Rasmi Anwar Sempena Lawatan Ke Indonesia

Ahad, 16 jun 2013
"Saya di Bali bersama Presiden SBY,"
Posted by Addin
Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pertemuan Dengan Najib Di Jakarta
SHAH ALAM – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

“Tidak benar!,” demikian jawab Anwar yang dipetik melalui media sosial Twitternya, sebentar tadi.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Najib dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.

Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Sementara itu, pagi tadi Anwar yang kini berada di Bali mengakui bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini."Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas.

Anwar yang dipetik di Twitternya berkata, “pertemuan dengan Presiden Indonesia, termasuk isu PRU-Pemilu Malaysia.” ~sinar harian

TERKINI DARI JAKARTA : ANWAR BALASAH NAJIB..!!!
Anwar: Kecurangan pilihan raya perlu diselesaikan secara serius


JAKARTA, 16 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.

Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.

“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.

“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.
Anwar ditemubual media Indonesia

Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.

Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdeka apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.

“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.

“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.

Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.

No comments:

Post a Comment