Pages

Wednesday, 5 June 2013

PADANG MERBOK KL: Himpunan membuktikan rakyat menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya.

Khamis, 6 Jun 2013


Tujuan Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan aman Black505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini adalah bagi membuktikan Pakatan Rakyat menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya.

Itu saja matlamatnya.. tolak penipuan dan tuntut reformasi pilihanraya.. tapi berjela-jela pulak analisa para pemikir UMNO/BN ni..
Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.
"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.
Ti berkata parti pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.

"Mereka (pembangkang) memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima.

Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata," katanya.
Beliau berkata sebelum berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.

Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.
Ti berkata parti pembangkang juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.

Katanya pakatan pembangkang juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.

"Mereka menggunakan akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa mereka patut memberi undi.
Menurutnya, pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik.

Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.

"Inilah yang berlaku pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka," kata pakar strategi itu.
Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.

"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya. Beliau berkata strategi itu berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah. — Bernama
Aduhai! Si Merbok...





Mata Terlepas Badan Terkurung

No comments:

Post a Comment