PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.
Fly Bread Kuala Besut - 'Roti Terbang"
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut akan diadakan dalam bulan Ramadan ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Beliau berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang ini, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kekosongan luar jangkaan diputuskan oleh SPR.
Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru berair.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengesahkan pihaknya belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
No comments:
Post a Comment