Pages

Friday, 7 June 2013

Puas hati semua... Insaniah bakal diswastakan? - Hangpa Pikiaglaa Sendiri Nuuu.

Sabtu, 8 Jun 2013
Bina KUIN ibarat curah air ke daun keladi, bina pusat hiburan macam curah ayaq kat mana pulak Mukhriz?

Bila orang bina institusi pendidikan RM330 juta.. rugi, terbeban, tak bawa pulangan. Ibarat curah air ke daun keladi kata Menteri Besaq Kedah, Mukhriz Mahathir. Tempat menghasilkan ulamak, teknokrat, professional dalam pelbagai bidang untuk bangunkan negeri... itu rugi, tak untung.

Baru pegang MB tak sampai sebulan dah bawa masuk pusat hiburan terbesar di Langkawi bernilai RM1.2 billion. Siap nanti Mat Saleh Minah Saleh mai dari luaq negeri nak mandi manda, pakai spenda dua inci.. haktu untung ada pulangan. Orang kampung mai dari Naka, Sik, Baling mai tengok saja tempat tu dari luaq, yeelah melintas masuk saja tiga pat puluh ringgit.

Wahai rakyat Kedah.. hangpa Pikiaglaa Sendiri Nuuu.
Posted by Kedah Lanie at 7:00 PM
Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan
WARTAWAN SINAR HARIAN
Insaniah Kuala Ketil.
Insaniah Kuala Ketil.
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.    
  
“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan program pengajian yang kini mencecah 40 program mungkin kembali seperti asal iaitu tujuh program.

“Ini juga akan menjejaskan pensyarah dan kakitangan bawahan program berkenaan. Ke mana mereka akan diserapkan?. Jika diberhentikan kerja pula membabitkan banyak pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian tenaga pengajar sudah mula mencari pekerjaan lain termasuk berhijrah ke IPT lain.

“Paling membimbangkan nasib pelajar. Jika benar diswastakan, pelajar menjadi mangsa keadaan apabila yuran akan meningkat dan mungkin perlu mengulang semula pengajian di IPT baru,” katanya.

Sumber turut mendakwa, gaji kakitangan peringkat atasan tertunggak selama dua bulan manakala gaji bagi kakitangan peringkat bawahan mengalami tunggakan sebulan.

Menurutnya, jika benar Insaniah diswastakan, ia suatu kerugian kerana segala kemudahan sudah siap malah operasi Insaniah di Kuala Ketil dalam tahun pertama berjalan lancar.

“Saya percaya Insaniah tidak akan membebankan kewangan kerajaan negeri kerana memiliki ramai pelajar antarabangsa. Malah universiti ini kini menjadi pilihan utama pelajar antarabangsa dan jumlahnya semakin meningkat,” katanya.

Beliau berkata, suasana pembelajaran di Insaniah juga kondusif, dilengkapi tasik buatan manusia yang berpotensi dijadikan venue sukan air, selain memiliki dewan terbesar di utara tanah air yang mampu memuatkan 5,500 orang selain panggung eksperimen dengan kapasiti 1,500 orang.     

“Kita boleh jana pendapatan sampingan melalui kemudahan tasik dan dewan berkenaan bagi menampung perbelanjaan termasuk jana kewangan negeri melalui penganjuran acara atau disewakan kepada penganjur,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan kerajaan negeri akan menentukan hala tuju baru Insaniah selepas meneliti situasi terkini selain mendapatkan maklumat daripada pengurusan universiti.

Menurutnya, pembinaan kampus induk RM330 juta itu langsung tidak menjana pendapatan sebaliknya kerajaan negeri seterpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun selama 13 tahun.
Posted by Kedah Lanie at 5:00 PM
Kerajaan Kedah nafi nak swastakan Insaniah
Insaniah kekal milik Kedah
WARTAWAN SINAR HARIAN 8 Jun 2013 ALOR SETAR 
Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.

“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.


“Mungkin ia sekadar cakap kosong atau khabar angin yang timbul ekoran kebimbangan staf atau pelajar yang risau jika kolej universiti itu ditutup,” katanya.

Tajul Urus berkata, selepas beberapa perjumpaan dengan pihak pengurusan dan pentadbiran Insaniah, pihaknya sudah merangka penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk tindakan.

“Kita akan fokus untuk jangka pendek terlebih dahulu, antaranya isu gaji, asrama pelajar dan kebajikan staf. Dua perkara utama yang dikenal pasti untuk tindakan segera ialah atasi kelemahan pentadbiran dan pengurusan serta kekangan kewangan,” katanya.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah pasukan khas diwujudkan untuk transformasi Insaniah ke arah lebih baik dalam usaha menentukan hala tuju kolej universiti itu.

“Mesyuarat Exco telah bersetuju untuk wujudkan pasukan khas ini. Langkah pertama ialah melantik Timbalan Rektor, Datuk Che Barni Mohd Noh sebagai pemangku Rektor bermula Jun,” katanya.
Tajul Urus berkata, lantikan itu berkuat kuasa selama enam bulan, sehingga lantikan baru bagi jawatan Rektor dibuat.

“Dalam tempoh transisi seperti ini, kita wajar beri keutamaan kepada perkara penting terlebih dahulu. Ia memerlukan masa untuk selesaikan semua isu berbangkit, saya akan cuba teliti satu persatu ikut kepentingan,” katanya.

Menurutnya, kos operasi Insaniah antara perkara yang diberi tumpuan, dan tidak menolak kemungkinan akan dibuat beberapa rombakan membabitkan jawatan pengurusan tertinggi.

“Perkara yang berkaitan dengan kos operasi akan dinilai, mana-mana yang tidak memberi manfaat kepada Insaniah akan dimansuhkan, selain keutamaan terhadap kebajikan pelajar. Kita akan cuba jimatkan kos dengan buat beberapa perubahan,” katanya.

Tajul Urus turut membangkitkan keperluan memiliki dua kampus iaitu di Mergong dan Kuala Ketil yang akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.

“Sekarang ada dua kampus, ia libatkan kos yang banyak. Kita wajar nilai keperluan miliki dua kampus pada masa akan datang. Ianya masih dalam perbincangan dan saya harap pasukan khas itu akan kemuka beberapa cadangan sebagai panduan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan agar dilantik konsultan untuk memberi penambahbaikan kepada Insaniah agar lebih cemerlang, sebagai langkah jangka panjang.

“Saya percaya dengan adanya pasukan itu termasuk konsultan, kita akan hasilkan satu penyelesaian terbaik tangani kemelut di Insaniah,” katanya.

Kelmarin, sumber-sumber mendakwa Insaniah bakal diswastakan apabila timbul desas-desus kerajaan negeri menawarkan penjualan kolej itu kepada beberapa buah IPT yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.
Posted by Kedah Lanie at 12:00 PM

No comments:

Post a Comment