"Bukannya soal tiada kes atau kita tidak akan menang" - Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima keputusan PRU-13 biarpun boleh membuat petisyen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi kurang 1,000 undi oleh pembangkang seperti Selinsing.
"Bukannya soal tiada kes atau kita tidak akan menang. Lebih penting, kita terima keputusan dan teruskan tugas. Kalau tidak, kita tidak akan habis-habis berada dalam kancah politik yang tegang dan tiada ketentuan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.
Sementara itu Pas Perak memfailkan 6 petisyen untuk DUN berhubungan dengan keputusan pilihanraya. Petisyen itu membabitkan DUN Manjoi, Lubok Merbau Pasir Panjang, Rungkup, Selama dan Manong.
Petisyen dibuat adalah berdasarkan hujah serta asas kukuh tentang kepincangan, salah laku dan ketidakadilan dalam proses pilihanraya lalu.
Pada PRU13, PAS hanya menang lima daripada 22 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang dua daripada lima yang ditandingi.
batuvskayu.
No comments:
Post a Comment