Ekoran saman sivil terhadapnya atas dakwaan memukul.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan supaya beliau meletakkan jawatan ekoran ekoran saman sivil terhadapnya atas dakwaan memukul.
Dalam sidang media hari ini, beliau berkata, hanya perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik atau menamatkan tugas seseorang menteri.
Itu hak mutlaknya," katanya.
Zahid (tengah) juga berkata, gesaan yang dibuat oleh anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo itu mempunyai konflik kepentingan kerana bapanya Karpal Singh bertindak bagi pihak plaintif dalam kes itu.
"Bapanya mahu bawa ke mahkamah, jadi bawalah ke mahkamah," kata Zahid.
Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 41, pada 4 Julai 2007 memfailkan saman dengan mendakwa beliau dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Zahid pada 16 Januari, 2006.Mk.
No comments:
Post a Comment