Pages

Wednesday, 31 July 2013

Perbezaan wanita yang menyokong dan menentang Mursi...

Khamis, 1 Ogos 2013
GAMBAR PERBEZAAN WANITA YANG MENYOKONG MURSI DENGAN WANITA YANG MENENTANG MURSI.

http://naimnikmat.blogspot.com/Hdaily

Cara tetamu duduk bila berjumpa dengan Dr Mursi dan As-Sisi
Lihatlah perbezaan yang ketara antara cara tetamu duduk bila berjumpa dengan Dr Mursi dan As-Sisi. Para tetamu begitu menghormati Dr Mursi dengan duduk secara bersopan bila bejumpa dengannya. Lain pula halnya bila para tetamu berjumpa degan As-Sisi. Ini menunjukkan bahawa ketinggian peribadi dan maruah yang dimiliki oleh Dr Mursi berbanding As-Sisi sang pengkhianat dan pembunuh.
Sumber : نبض رابعة
#‎mesirkini
Ketinggian peribadi dan maruah yang dimiliki oleh Dr Mursi berbanding As-Sisi sang pengkhianat dan pembunuh.

Photo: ‎Lihatlah perbezaan yang ketara antara cara tetamu duduk bila berjumpa dengan Dr Mursi dan As-Sisi. Para tetamu begitu menghormati Dr Mursi dengan duduk secara bersopan bila bejumpa dengannya. Lain pula halnya bila para tetamu berjumpa degan As-Sisi. Ini menunjukkan bahawa ketinggian peribadi dan maruah yang dimiliki oleh Dr Mursi berbanding As-Sisi sang pengkhianat dan pembunuh.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎

Perarakan Berhampiran Bangunan Perisikan Tentera 
Ratusan ribu Pro-Demokrasi mengepung Bangunan Perisikan Tentera yang terletak di Madinat Nasr. Dilaporkan jumlah mereka mencapai 800 ribu orang.
Allahu Akbar!
Sumber : شبكة نبض الاخوان
#mesirkini
Photo



Photo

Keadaan di Iskandariah sebentar tadi
Photo: Keadaan di Iskandariah sebentar tadi.

Sumber : RASSD
#mesirkini

Lautan manusia di Iskandariah
Photo: ‎Lautan manusia di Iskandariah.

Sumber : مراسلون
#mesirkini‎

Kabinet Kudeta Mesir  memberikan mandat kepada Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang diperlukan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Rabiatul Adawiah dan Nahdhah sesuai dengan undang-undang
Terkini : Dewan Kementerian (Kabinet Kudeta Mesir) memberikan mandat kepada Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang diperlukan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Rabiatul Adawiah dan Nahdhah sesuai dengan undang-undang]

Terjemahan :
Menurut apa yang terjadi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah serta apa yang berkaitan dengannya dari aktiviti-aktiviti keganasan dan gangguan lalu lintas; adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tiada tolak ansur kerana ia menggugat keamanan dan membawa ancaman kepada seluruh rakyat Mesir.

Justeru, dari apa yang terjadi, disamping sokongan dan mandat daripada rakyat kepada kerajaan dalam berhadapan dengan masalah keganasan dan terorisme ini; yang membawa negara ke dalam kancah kemusnahan, dan juga demi menjaga keamanan sejagat, kepentingan negara serta kesejahteraan masyarakat majmuk; kabinet telah memutuskan untuk mula mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membasmi krisis dan bahaya ini, sekaligus meletakkan baginya titik pengakhiran.

Mesyuarat kabinet telah mengamanahkan tugas ini kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengambil apa jua langkah yang wajar yang selari dengan undang-undang dan peruntukan perlembagaan bagi menyelesaikan masalah ini.
Link video : http://bit.ly/17UuMgt
#‎mesirkini
Photo: [Terkini : Dewan Kementerian (Kabinet Kudeta Mesir) memberikan mandat kepada Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan yang diperlukan untuk menyuraikan penunjuk perasaan di Rabiatul Adawiah dan Nahdhah sesuai dengan undang-undang]

Terjemahan :
Menurut apa yang terjadi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah serta apa yang berkaitan dengannya dari aktiviti-aktiviti keganasan dan gangguan lalu lintas; adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan tiada tolak ansur kerana ia menggugat keamanan dan membawa ancaman kepada seluruh rakyat Mesir.

Justeru, dari apa yang terjadi, disamping sokongan dan mandat daripada rakyat kepada kerajaan dalam berhadapan dengan masalah keganasan dan terorisme ini; yang membawa negara ke dalam kancah kemusnahan, dan juga demi menjaga keamanan sejagat, kepentingan negara serta kesejahteraan masyarakat majmuk; kabinet telah memutuskan untuk mula mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi membasmi krisis dan bahaya ini, sekaligus meletakkan baginya titik pengakhiran.

Mesyuarat kabinet telah mengamanahkan tugas ini kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengambil apa jua langkah yang wajar yang selari dengan undang-undang dan peruntukan perlembagaan bagi menyelesaikan masalah ini.

Link video : http://bit.ly/17UuMgt
#mesirkini


Alhamdulillah, benteng dari guni-guni yang berisi pasir sudah siap dibina 
Alhamdulillah, benteng dari guni-guni yang berisi pasir sudah siap dibina di Medan Rabiatul Adawiyah untuk melindungi medan tersebut jika diserang dengan peluru-peluru hidup.
Sumber : شبكة نبض الاخوان
#‎mesirkini

Photo: ‎Alhamdulillah, benteng dari guni-guni yang berisi pasir sudah siap dibina di Medan Rabiatul Adawiyah untuk melindungi medan tersebut jika diserang dengan peluru-peluru hidup.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
#mesirkini‎



Linangan air mata iringi MALCOY 9 BERLEPAS KE LUBNAN LAKSANA MISI UNIFIL

Khamis, 1 Ogos 2013
Sebak kerana terpaksa berpisah dengan suami dan anak tambahan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi...
Foto

Subang Jaya: Linangan air mata keluarga mengiringi pemergian kumpulan kedua Malaysia Kontinjen 9 (MALCOY 9) yang akan berkhidmat di Lubnan selama setahun.

Malah rata-rata ahli keluarga pegawai dan anggota membabitkan seramai 152 orang tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa berpisah dengan suami dan anak tambahan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.
Upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada Komander MALCOY 9 sebelum berangkat ke Lubnan - mykamarul
Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, MALCOY 9 menjalani latihan kursus selama tiga bulan merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi.

Menurutnya, latihan itu dikawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Kompleks Markas 4 Brigade dan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di Kuantan, Pahang.

“Malcoy 9 keseluruhannya berjumlah 310 pegawai dan anggota membabitkan dua penghantaran. Penghantaran pertama sudah disempurnakan pada 23 Julai lalu membabitkan 158 orang dan hari ini (semalam) seramai 152 orang.

“Diharapkan dengan latihan kursus itu mempersiapkan anggota MALCOY 9 daripada aspek mental dan fizikal,” katanya

Mukhriz Tengok ni Sat Kedah Aman Makmur : Industri Ayak Ketum, Pengedar tumbuh macam Cendawan?

Khamis, 1 Ogos 2013
Ayak Ketum Campuk ubat batuk, memang dah top di Kedah, pergi di daerah mana depa dah juai macam ayak tebu bro.....

Pengedar ketum nangis teresak , TERKENAL DENGAN PANGGILAN KELADU!!!
BALING- Terfikir perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.
Ketua Polis Daerah Baling, Superetendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

"Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Ladang Daun Ketum
"Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi 'runner' dalam penjualan ketum ini. Polis akan memastikan ke semua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum ini.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kawasa sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.
Daun ketum penguat tenaga batin
Pemuda terbabit bakal menyambut Aidil Fitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara mandotori kepada pemuda terbabit.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedahkini.


Daun ketum mungkin dikategori Akta Dadah Berbahaya
Sunday, July 07, 2013  

PUTRAJAYA - Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu.
 
"Jika ianya berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.
  Foto
AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual.
"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ianya boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.
 
Khamis lepas seorang anggota Parlimen mengulang gesaan agar undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun 1952.

Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) berkata gesaan itu berikutan masalah ketagihan daun ketum dalam kalangan anak muda di negara ini, terutama di kawasan utara, semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah.
 
Sementara itu, Zahid berkata sehingga tengah malam tadi skuad khas bagi membanteras dadah yang baru ditubuhkan kementerian menahan 200 pengedar dadah dengan kebanyakan tangkapan dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Ditanya sama ada skuad khas ini akan turut melibatkan Polis Antarabangsa (Interpol), Zahid berkata setakat ini ia tidak melibatkan Interpol.
 
"Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol mengenai sindiket dadah. Skuad khas ini hanya untuk kegiatan dadah Malaysia. Jika ia melibatkan sindiket antarabangsa memang kita akan sentiasa bekerjasama dengan Interpol," katanya.
 
Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata 67 peratus penagih dadah yang dikesan tahun lepas adalah remaja dan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun.
 
Dengan penubuhan Skuad 1Malaysia iaitu sukarelawan antidadah di kalangan remaja dan belia yang kini mencecah 255,256 orang, Zahid berharap ia akan membantu memberi kesedaran mengenai bahaya dadah. - Bernama



PAS: Isu Syiah timbul untuk tutup kes jenayah...Setan Bertopeng!

Rabu, 31 ulai 2013



Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan sengaja menimbulkan isu Syiah bagi menutup masalah sebenar yang melanda negara ini seperti jenayah serius dan peningkatan harga barangan.
"Kerajaan sepatutnya mengambil berat tentang isu keselamatan negara yang semakin serius serta peningkatan harga barangan, bukan jadikan isu Syiah ini yang sebenarnya tak berbangkit,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tambahnya, setiap negeri juga mempunyai peruntukan undang-undang masing-masing yang memadai untuk menangani kes tersebut.
“Kita ada enakmen di negeri-negeri. Dan ada peruntukan enakmen yang akan digunakan. Isu ini sengaja di tumpukan untuk tutup isu-isu lain," katanya yang turut menolak dakwaan mengaitkan Syiah dengan PAS.

Dalam sidang media di ibu pejabat PAS itu, Salahuddin berkata tidak ada pemimpin dalam parti itu yang mengamalkan ajaran tersebut.

"Kita dah keluar kenyataan rasmi. Tidak ada antara kami yang mengamal Syiah. Ini sengaja direka cipta oleh kerajaan," kata Salahuddin.

Dakwaan yang mengaitkan pimpinan PAS dengan fahaman Syiah itu antara lain dibangkitan seorang individu didakwa sebagai aktivis parti tersebut, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.
Laporan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam yang memetik kenyataan Mohamed Hafiz mendakwa perkara itu menular di kalangan ahli PAS dan gagal ditangani oleh pucuk pimpinan parti.
Zulaikha Zulkifli - Mk.
6:15PM Jul 31 2013

Polis tahan wanita rakam video ‘Anjing dan Aidilfitri’...Video inside

Rabu, 31 Julai 2013
Lawyer: Dog trainer arrested over 3-year-old Raya video
Pelatih anjing berusia 38 tahun dalam video itu ialah Maznah Mohd Yusof 
OLEH LEE SHI-IAN
JULY 31, 2013
LATEST UPDATE: JULY 31, 2013 06:01 PM
Seorang wanita hari ini ditahan berhubung klip video yang menunjukkan tiga ekor anjing melakukan pergerakan seolah-olah mengambil wuduk dengan takbir raya dan lagu hari raya menjadi latar belakang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan penahanan itu apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Klip tersebut dimuat naik di laman sosial YouTube semalam dengan tajuk Video Menghina Islam menerima reaksi dari pelbagai pihak.
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusof mengatakan perkara ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pelatih anjing berusia 38 tahun dalam video itu ialah Maznah Mohd Yusof yang menyatakan kepada pemberita hari ini, beliau sudah menurunkan klip video itu. – 31 Julai, 2013.
Maznah jurulatih anjing akan dihantar ke Segamat
Jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof akan dihantar ke ibu pejabat polis daerah Segamat pagi ini bagi melengkapkan siasatan terhadapnya kerana memuat naik video menampilkan anjing dan ucapan hari raya.

Peguamnya N Surendran berkata, Maznah bagaimanapun bermalam semalaman di lokap Jabatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana, Kuala Lumpur.

Surendran berkata, polis memberitahunya, Maznah akan dihantar di bandar di Johor itu kerana laporan polis dan siasatan dibuat di sana.

Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Kami jangkakan polis akan memohon reman pagi esok (pagi ini) dan kami menyusun pasukan peguam 
untuknya di sana," kata Surendran ketika dihubungi tengah malam tadi.

Penembak Pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi didedahkan...

Rabu, 31 Julai 2013
Dikehendaki Polis! "four-eyed guy"
Sei Ngan Chai
Polis cari suspek kes bunuh pengasas AmBank

Polis hari ini mendedahkan gambar dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut.

“Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian             03-21460685       atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian             03-21159999       atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.”

Sementara itu laporan The Star Online pula menyebut, polis telah menahan seorang individu dipercayai sebagai pemandu kenderaan yang digunakan untuk suspek melarikan diri.

Laporan itu memetik kenyataan ketua CID Kuala Lumpur ACP Datuk Ku Chin Wah yang berkata individu berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling pada kira-kira jam 9 malam.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu itu menghantar suspek di Jalan Yap Ah Loy selepas menjemput beliau berhampiran satu kuil.

"Beliau mendakwa suspek merupakan penumpang tetapnnya," kata Ku.

Dalam kejadian kelmarin, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang.

Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.Mk.

Police release photograph of suspect in Najadi's murder
BY FARIK ZOLKEPLI


Photos of Sei Ngan Chai
KUALA LUMPUR: City police have identified the main suspect behind the brutal murder of banker Hussain Ahmad Najadi.

Kuala Lumpur CID chief Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah said the man, known as Sei Ngan Chai (which in Cantonese means "four-eyed guy") was still believed to be in the city.

Ku also said the police had released a CCTV photo of suspect.

Police also arrested a 44-year-old taxi driver, who allegedly drove the getaway vehicle for the shooter.

It was reported yesterday that the police managed to get a photograph of the suspect from a CCTV footage from a camera near the Lorong Ceylon Kuan Yin Temple.
On Monday afternoon, Najadi was walking to his car with his wife along Jalan Ceylon in the heart of the city after negotiating a land deal at the temple.

A man came up behind him and opened fire, hitting him in the chest and lower abdomen. The man fled in a waiting taxi.

Najadi died on the spot while his 49-year-old Malaysian wife Cheong Mei Kuen was wounded in the arm.
The Star Online.

Pengguna Marah Video Hussain Najadi Ditembak Dimuat Naik Di Facebook
hussain najadi video

PETALING JAYA: Sebuah video yang diambil beberapa minit selepas pakar kewangan Hussain Ahmad Najadi ditembak mati telah dimuat naik di Facebook – suatu perbuatan yang telah menimbulkan rasa tidak senang oleh beberapa pengguna laman rangkaian sosial ini.

Beberapa orang berpendapat tindakan memuat naik itu sebagai tidak menghormati mangsa dan keluarganya manakala terdapat juga yang meminta ia dikeluarkan lapor Mstar.

Cindy Antoinette Fernandez mengulas mengenai video itu, berkata bahawa video itu “sangat tidak menghormati mangsa dan keluarga”.

Sun Line menulis: “Tidak ada sebab untuk memuat naik, atau untuk berkongsi. Mereka yang melakukan ini perlu lebih peka terhadap perkara-perkara seperti kesedihan peribadi pada masa depan.”

“Video ini tidak boleh dimuat naik pertama sekali kerana ia adalah sensitif untuk berbuat demikian,” kata Desmond Yap Weei Kee.

Mohd Hilmi Hassan menulis: “Tolong padam video ni.”

Video 30 saat itu menunjukkan Najadi di tempat letak kereta dalam keadaan berlumuran darah.

Terdapat juga seorang wanita, dipercayai isterinya berusia 49 tahun memangku kepalanya di pangkuannya sambil duduk di atas tanah.

Wanita itu kelihatan mempunyai luka pada lengannya, sesuai dengan kenyataan polis bahawa isteri Najadi telah ditembak di tangan kiri dan paha kanan.

Najadi telah ditembak pada jarak dekat dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Video ini juga menunjukkan seorang wanita yang tidak dikenali memeriksa nadi dan menenangkan wanita itu yang dalam kebingungan, manakala yang lain hanya memerhati.

Pengguna lain, Woei Hern memuji tindakan wanita yang tidak dikenali itu.
Posted July 31, 2013 by Mahadzira in Berita Terkini


Segarkan ingatan anda...
Manjung Mari

Soi Lek: Noh Omar sudah gila..

Rabu, 31 Julai 2013
Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam menggesa mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik gambar-gambar berkenaan di bawah Akta Hasutan adalah tidak masuk akal.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.
NONE
Chua (atas) sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.


Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.
Mk.



Guru Besar SK Pristina Buat Onar Lagi?
"Mohd Nasir dilaporkan telah datang ke sekolah ketika bercuti dan mengambil gambar pelajar bukan Muslim yang disyaki mendedahkan berita mereka makan di bilik persalinan," - Kula Segaran

M Kula Segaran hari ini menggesa agar Pengetua SK Pristina Mohamad Nasir Mohd Noor (gambar) dikenakan tindakan disiplin kerana mengugut pelajar di sekolah berkenaan.

Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP itu berkata, berdasarkan laporan media pengetua berkenaan telah mengambil gambar murid, yang mana ibu bapanya didakwa telah melaporkan meeka makan di bilik persalinan, dan menggesa tindakan segera diambil atas perbuatan tersebut.

"Mohd Nasir dilaporkan telah datang ke sekolah ketika bercuti dan mengambil gambar pelajar bukan Muslim yang disyaki mendedahkanberita mereka makan di bilik persalinan," kata Kula Segaran dalam kenyataannya hari ini.

"Tindakan pengetua ini adalah tindakan mengugut dan tidak boleh diterima," tegasnya, yang menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pendidikan I mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

"Bayangkan jenis ketakutan psikologi yang murid-murid yang telah mengalami dan akan terus menderita, "kata beliau dalam satu kenyataan hari ini."

Menurut Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu, Guneswari Kelly yang mendedahkan kontroversi pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan telah mendedahkan bahawa anak perempuannya telah tertekan akibat daripada tekanan oleh rakan dan guru-gurunya sejak gambar berkenaan diedarkan.

Kula Segaran juga berkata Menteri Pelajaran perlu menangani isu berkenaan dan tidak lagi bertolak ansur.

Beliau turut berkata kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam menggesa mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik gambar-gambar berkenaan di bawah Akta Hasutan adalah tidak masuk akal.

"Hakikatnya bahawa guru besar dan Timbalan Menteri Pendidikan telah memohon maaf atas insiden kantin menunjukkan bahawa guru besar melakukan kesilapan besar," katanya.

"Kenapa ibu bapanya menjadi sasaran?" kata Kula Segaran, dan menambah, Noh seharusnya memuji Guneswari kerana menjadi pemberi maklumat yang cukup baik.

Sebelum ini, beberapa gambar telah tersebar di laman sosial yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, kementeriannya juga telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah itu sedang dibaik pulih. ~the malaysian insider

Video Pelajar Miskin Kena Rotan...Sedihnya! & Pengetua Dituduh Racist - Berjanji mohon maaf Jumaat ini di perhimpunan...sebelum cuti raya!

Rabu, 31 Julai 2013
Video Pelajar Kena Rotan....Sedihnya!



'Pengetua akui suruh pelajar balik India, China'
'Menegur pelajar kerana membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan'
Pengetua SMK Alam Megah di Shah Alam didakwa mengakui bahawa beliau memberitahu pelajar keturunan India dan Cina supaya “Balik ke India dan China” semasa satu perhimpunan sekolah dua hari lalu.
Timbalan ketua bahagian MIC Shah Alam A Prakash Rao berkata pengetua berkenaan juga telah memohon maaf atas kenyataan berkenaan.

Beliau berkata, pengetuai itu juga mendakwa memberitahu pelajar Melayu agar “balik ke Indonesia”.

"Beliau berjanji untuk bertemu dengan pelajar tersebut dalam satu perhimpunan pada hari Jumaat untuk memohon maaf pada mereka,” kata Prakash selepas mengadakan pertemuan dengan pengetua dan pegawai sekolah terbabit pagi ini.

Pengetua sekolah terbabit didakwa membuat kenyataan berkenaan kerana para pelajar membuat bising ketika lagu kebangsaan dinyanyikan.

"Beliau berkata beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut ketika kejadian itu memuncak,” kata Prakash.

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan kenyataan Prakash memandangkan pengetua sekolah terbabit enggan bertemu dengan wartawan untuk mengulas isu tersebut.

Seorang Lagi Mati Kena Tembak di Parit Buntar...

Rabu, 31 Julai 2013
Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan...




KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.Harakahdaily.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan...



Photo



PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.
Berita Harian./Posted by Idham Lim at 2:42 PTG

Tembak: Apa motif di sebalik pembunuhan?
"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? 

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.
Photo: Kenyataan Media (29 Julai 2013)
 
PROJEK GAJAH PUTIH: GESA SELESAIKAN SEGERA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melahirkan kekesalan berikutan beberapa projek yang boleh disifatkan sebagai ‘gajah putih’ yang menggunakan nama Institusi DiRaja terbiar dan tidak diurus dengan baik. 

Antara yang pernah kami nyatakan tentang naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang bernilai RM 42 Juta dilihat masih gagal merancakkan jadual penerbangan dengan kos yang telah dibelanjakan.

Apa yang ingin kami bawa, satu lagi projek ‘gajah putih’ iaitu Hentian Rehat dan Rawat di Jabatan Raja Muda Nazrin dan Resort Tasek Raban, Lenggong. 

Perancangan menaik taraf jalan Lenggong – Sauk dan juga melibatkan pembinaan Jabatan Raja Muda Nazrin pada tahun 2006 masih dibiarkan Hentian yang turut dibina tanpa difungsikan sebaik mungkin malah masih ditutup. 

Walaupun pada tahun 2009 Institut Skill-Tech telah mengambil alih pengurusan Hentian tersebut, tetapi ianya ibarat ‘indah khabar dari rupa’.

 Seperkara lagi yang kami lihat, walaupun Ahli Parlimen Kawasan Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang pernah menyuarakan masalah ini tahun lepas nampaknya masih tidak berhasil. 

Kami melihat dengan usaha Majlis Daerah Lenggong yang sedang berusaha membaik pulih infrastruktur Hentian tersebut pada tahun ini bukannya akan menyelesaikan masalah dalam jangkamasa pendek. 

Kami persoalkan juga, kenapakah perlu membazirkan lagi ‘wang rakyat’ dengan projek ‘gajah putih’ yang tiada penghuni tersebut!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.

Ia juga memperlihatkan gambaran keselamatan di negara ini masih longgar apabila insiden itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat antara satu kejadian dengan kejadian lain.

"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu?" soal beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Photo: Jangan lupa beli jaket kalis peluru
Beliau yang melahirkan kerisauan dan curiga dengan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api ini mengharapkan pihak polis menjalankan tugas mereka agar isu keselamatan di dalam negara ini tidak mencemaskan kebanyakan rakyat yang dilihat mampu membawa kesan negatif terhadap industri pelancongan dan keyakinan pelabur.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Dalam pada itu, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata suasana tersebut menunjukkan para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.
"Kamera litar tertutup yang dipasang dilihat seolah-olah tidak berfungsi untuk membendung kejadian jenayah membabitkan penggunaan senjata api. Kehadiran polis juga tidak berjaya mematahkan strategi dan modus operandi penjenayah dalam menjayakan misi pembunuhan mereka," tegas beliau.

Tambah beliau, insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat, malah sesiapapun apabila ia mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.
Isu ini, tegas Khairul Faizi perlu ditangani serta-merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.

"Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa sekalipun sudh tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi," tegas beliau lagi. Harakahdaily.