Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan...
KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.
Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.Harakahdaily.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan...
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.
Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.
Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.
Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.
Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.
Berita Harian./Posted by Idham Lim at 2:42 PTG
Tembak: Apa motif di sebalik pembunuhan?
"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini?
KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.
Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.Ia juga memperlihatkan gambaran keselamatan di negara ini masih longgar apabila insiden itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat antara satu kejadian dengan kejadian lain.
"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu?" soal beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Dalam pada itu, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata suasana tersebut menunjukkan para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.Tambah beliau, insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat, malah sesiapapun apabila ia mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.
"Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa sekalipun sudh tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi," tegas beliau lagi. Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment