Alvin dan Vivian memohon maaf isu Bak Kut Teh (Sup Khinzir)
Kita ingin bertanya kepada Bung Mukhtar dan sekalian pencacai UMNO... apakah tulisan yang ada pada gambar yang dilukis oleh Alvin & Vivian itu? Bukankah tertera jelas di situ: "Alvian & Vivian Skong Najib Gor 100%"?/Greenboc
Bung dakwa DAP taja Alvin, Vivian
"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP,"- Bung
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.
Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.
Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.
"Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.
"Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.
Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).
"Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan," tegas Kor Ming.
Teresa Kok (DAP-Seputeh) bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk keatas ahli lain. "Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat," katanya.
Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu.
"Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh.
"Saya kata mungkin. Bukan tuduhan," katanya sambil ketawa.
- SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/
DAP kesal dakwaan taja Alvin, Vivian
Kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP.
KUALA LUMPUR - DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Anthony Loke Siew Fook
Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP.
"Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti.
"Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP.
Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri.
Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP.
"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum.
"Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya.Sinar Harian
No comments:
Post a Comment