Pages

Friday, 12 July 2013

BN persoal pelantikan gadis muda Melayu jadi ahli MPPP

Sabtu, 13 Julai 2013
HOT ! AWEK MELAYU CUN DARI DAP DILANTIK AHLI MAJLIS PERBANDARAN PP, BUAT BN NEGERI BENGKAK HABIS.....
Seorang gadis Melayu ahli DAP dari Cawangan Taman Bukit, Bukit Mertajam, yang dikenali dengan nama Sdri Nur, hari Isnin lepas telah dilantik secara rasmi sebagai salah seorang Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyebabkan beberapa blogger pro UMNO naik angin satu badan dengan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang dibawah kepimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng cuba nak bersendiwara.

Perlantikkan Sdri Nur jelas membuktikan tiada diskriminasi kaum dalam pemilihan Ahli-ahli Majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang dimana Yang DiPertuanya adalah seorang wanita Melayu YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Perlantikkan Sdri Nur telah menutup ruang para juak-juak UMNO menjaja cerita yang Kerajaan PR Pulau Pinang anti Melayu.
GEORGETOWN: Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri kerana didakwa tidak telus.
Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim, 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli Exco Negeri, Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, seorang pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.Kedah.kini


No comments:

Post a Comment