Kempen bersih
BESUT: Calon PAS pagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut Endot@Azlan Yusof menegaskan, beliau mahu menjadi wakil kepada rakyat dengan membawa suara rakyat agar hak mereka ditunaikan.
Menurutnya, ia berbeza dengan wakil rakyat yang menjadi "wakil kerajaan" di mana tugas mereka menjadi terbalik dengan membawa apa yang kerajaan mahu dan bukan apa yang rakyat mahu.
(Che Long (tengah) dijulang selepas disahkan sebagai calon PAS bagi PRK Kuala Besut)
"Kalau kita wakil kepada kerajaan, kita hanya bawa hak kerajaan kepada rakyat. Saya nak ubah dan saya mahu menjadi wakil kepada rakyat dan rakyat akan terus dibela," katanya ketika ditemui Harakahdaily sejurus diumumkan sebagai calon bertanding bagi PRK Kuala Besut hari ini.
Endot @Azlan Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long akan berdepan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Kempen bersih
Mengulas pendekatan kempen yang akan digunakan, Che Long berkata beliau tidak akan menyentuh soal peribadi calon BN dalam kempennya, sebaliknya beliau akan membawa agenda serta perjuangan kebajikan rakyat yang dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya akan memulakan kempen selepas solat Jumaat iaitu akan bertemu dengan pengundi-pengundi, manakala sebelah petang saya akan ke rumah-rumah pengundi di sebelah pantai dan akan berbuka puasa di situ," katanya.
tranungkite.net
Gambar Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya
darisungaiderhaka.blogspot.com
myMetro | Pilihanraya Kecil Kuala Besut
Anak Sungai Derhaka: Gambar Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya
Anak Sungai Derhaka: Gambar Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya
Lite - Bahasa - Pusat penamaan calon PRK Kuala Besut dibuka
TranungKite Online (TKO) - Persekitaran Penamaan Calon Kuala Besut
mykmu.net - PRK Kuala Besut.
mykmu.net - Gambar sekitar penamaan calon PRK Kuala Besut
Media Shah Alam – Gambar sekitar penamaan calon PRK Kuala Besut
Berita Harian. Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ...
KELAB GREENBOC: [BERGAMBAR & VIDEO] Penamaan
No comments:
Post a Comment