LKS jangka k'jaan mungkin batal pendaftaran DAP
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau melihat petunjuk bahawa kerajaan sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, beliau menjangka kerajaan mungkin bertindak demikian berdasarkan kenyataan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu laporan The Star hari ini.
Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.
“Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti jawatan pusat DAP pada Disember lalu.
Mengulas perkara itu, Lim berkata kenyataan tersebutadalah berdasar hujah yang tidak berasas dan sembarangan.
Lim menambah, Abdul Rahman sepatutnya menjalankan tugasnya dengan bebas dan tidak berpihak.
Isu berkenaan hanya ditimbulkan oleh ejen propaganda Umno dan BN sejak beberapa bulan lalu, katanya lagi.Mk.
No comments:
Post a Comment