BAPA SAUDARA AS-SISI PEGAWAI POLIS DI DUBAI
Mohammed Kamal As-Sisi, bapa saudara Sisi telah berkhidmat di UAE sejak 1973 sebagai Pembantu Ketua Tertinggi Polis Dubai, Dhohi Khalfan.
"Al-Bayan" turut menyiarkan temubual dengan bapa saudara Sisi dan beliau dipetik sebagai berkata "Askar (Mesir) menyertai rakyat bagi membebaskan negara dari cengkaman Ikhwan Muslimin dengan cara yang aman." Beliau turut berkata, Mesir hari ini telah bebas dari pemerintahan Ikhwan selepas setahun ditindas serta dicengkam dengan pelbagai krisis."
Kerajaan UAE antara negara yang menyalurkan bantuan kewangan segera kepada Mesir selepas rampasan kuasa selain Kuwait dan Saudi. Manakala Ketua Polis Dubai, Dhohi Khalfan terkenal dengan sikap anti-Islam apabila beberapa hari lalu beliau berkata, "Musuh sebenar kita bukan Israel tetapi Ikhwan Muslimin."
Sumber : RNN
#mesirkini
No comments:
Post a Comment