Pages

Wednesday, 24 July 2013

N01 Kuala Besut: SPR Tegur Calon BN Tunjuk Kertas Undi...Belajar Tinggi Tapi Tidak Bijak..

Rabu, 24 Julai 2013
Calon BN Belajar Tinggi Tapi Tidak Bijak.. Ini Buktinya
Jika yang tunjuk kertas undi itu ialah PAS. Ko ingat SPR nak tegur je ka? Begini la berita2 akan memaparkan kisah tersebut ;

SPR AKAN MENDAKWA CALON PAS YANG LANGGAR PERATURAN PRU <-- Utusan.

SPR AKAN MENGAMBIL TINDAKAN SEWAJARNYA KE ATAS CALON PAS YANG LANGGAR PERATURAN <-- Berita Harian.

SPR DALAM RANGKA MENGKAJI TINDAKAN BERSESUAIAN UNTUK CALON PAS YANG ENGKAR PERATURAN <-- Metro

UMNO DESAK SPR BERTINDAK TEGAS <-- Berita tv3.

Dan lain2 berita berkaitan. Tapi sebab ianya calon BN, dan mereka memang maksum, takde dosa, noda dan suci bagai malaikat, maka jangan la kita expect lebih2 sangat ke atas perkara neh. Syukurlah.

Buka tingkap, takde perang.
Oo negara neh masih aman. Apa lagi yang pembangkang mao hah?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/


UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut “orang yang dibenarkan” dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama. 

(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 

(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 

Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 

(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 

(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 

Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).

"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya..  

Tapi.. seperti biasa.. oleh kerana beliau mewakili UMNO/BN undang-undang yang ada di atas tidak tertakluk kepadanya.. 

Kalau Calon PAS yang lakukan tu sudah tentu calon BN diumumkan menang percuma... 
~anak sungai derhaka

No comments:

Post a Comment