KOTA KINABALU: 14 aktivis Gerakan Bertindak Bantah TPPA Sabah ditahan ketika berhimpun membuat bantahan terhadap Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) di sini hari ini.
Mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan ketika berhimpun di hadapan Sutera Harbour iaitu tempat berlangsungnya perbincangan pusingan ke-18 perjanjian itu.
Kota Kinabalu TPPA protest
Menurut Lahirul, 11 dari mereka ditahan di Sutera Harbour manakala tiga lagi ditahan kemudian ketika berada di hadapan ibu pejabat polis di Karamunsing untuk menyatakan sokongan kepada yang ditahan lebih awal.
"Kami diberitahu ditahan dibawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan semua kami dipaksa melakukan ujian air kencing dan semuanya negatif.
"Ketika soal siasat, satu pun tiada soalan berkaitan dadah. Kita yakin ini hanya cubaan untuk menyekat kita dari membuat bantahan terhadap TPPA ini," katanya kepada Harakahdaily.
Daripada 14 itu menurut Lahirul, dua adalah dari kalangan aktivis wanita.
Himpunan pagi tadi itu menurut Lahirul, berlangsung dalam keadaan aman dengan mereka merentang sepanduk membantah TPPA.Hdaily.
No comments:
Post a Comment