Kali ini blogger popular pro UMNO pula mengkritik Muhyiddin
Jika sebelum ini Muhyiddin dikecam oleh seorang guru dgn cara yg dahsyat, kali ini blogger popular pro UMNO pula mengkritik beliau. Trend mengkritik terbuka ahli politik UMNO ini semakin rancak kerana hampirnya Pemilihan UMNO 2013.
Admin rasa suara guru yg paling kredibel berbanding ahli politik separuh masak or part time diluar sana. Kaum guru ‘penentu masa depan negara’ jika kepala kementeriannya tidak betul maka tersiksalah guru semua. Apa pandangan pembaca kritik Blogger APA ini?
Apa sebenarnya tugas dan tanggung jawap seseorang Menteri yang dilantik mengepalai sesuatu kementerian?
Tujuannya tidak lain selain dari memperkasakan kementerian itu,menangani masaalah yang wujud dan paling penting agar setiap tindakan dan tranformasi yang hendak dilakukan kerajaan (baca Perdana Menteri) difahami sepenuhnya dan dipraktikan tanpa ada unsur unsur sabotaj dari kakitangan sesuatu kementerian itu atau tenaga yang bernaung dibawahnya.
Dalam hal ini kementerian yang amat penting yang amat berkait rapat dengan kehidupan rakyat marhaen setiap hari secara terus adalah Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh TS Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tiada lagi kementerian sepenting kementerian ini bila bercakap tentang persepsi positif atau negatif terhadap kerajaan melalui dasar dasar yang dirangka oleh kementerian ini apatahlagi yang melibatkan para guru dan tenaga pengajar IPT dan IPTS yang dipertanggung jawapkan memberi pendidikan kepada rakyat seawal umur 7 tahun sehinggalah mereka melangkah keluar dari universiti baik tempatan mahu pun diluar negara.
Apa persepsi yang akan dicetuskan bila dikhabarkan kebanyakan para pendidik ini anti establishment dan menentang kerajaan,baik secara senyap mahupun secara terang terangan?
Apakah jenis PRODUK (baca para pelajar) yang terhasil jika tenaga pengajarnya sendiri pun sudah anti-kerajaan dan pro-pembangkang?
Perkara ini kini “is the known secret” dan diperbualkan dimerata tempat oleh hampir semua rakyat negara ini yang hampir semuanya punya anak anak yang belajar dipelbagai peringkat sekolah,institut,kolej dan universiti.Maka apa jua yang dilakukan oleh pendidik dan tenaga pengajar mahupun pentadbir premis pembelajaran ini pastinya meninggalkan serta mencetus apa jua persepsi yang mahu mereka(baca para pendidik) cetuskan.
Bercakap pasal Kementerian Pelajaran dan para pendidik yang lebih condong menyokong pembangkang tiada orang lain yang boleh dipersalahkan melainkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran.Siapa yang berani menafikannya?
Aku pun kadang kadang tak faham cara kerajaan ini ditadbir.Saperti ada “unwritten law” yang mewajibkan PM atau TPM menerajui kementerian kementerian penting saperti Pelajaran,Kewangan,Pertahanan,KDN dan ini berlaku sejak sekian lama.Secara lojiknya PM atau TPM sudah cukup dibebankan dengan tanggung jawap memerintah negara dan memastikan kementerian kementerian lain berjalan dengan baik dan terurus.Ini tidak…tak cukup dengan beban yang sedia ada beban lain pula dicari untuk ditanggung ntah atas motif apa mereka lakukan.
Inilah terjadi kepada TS Muhyiddin yang MEMANG GAGAL menerajui Kementerian Pelajaran kerana sibuk menjalankan tanggung jawapnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ada masanya terpaksa juga membuat tugas tugas Perdana Menteri bila diperlukan.Saperti juga @NajibRazak yang menabur tok nenek laba kepada kaum Cinabeng untuk memenangi hati mereka (baca undi mereka) tetapi masih juga GAGAL,TS Muhyiddin juga “cut & paste” kaedah yang sama dan menabur macam macam faedah kepada kaum pendidik ini yang akhirnya menyaksikan mereka tetap menyokong pembangkang dan dia GAGAL.
Kini “penyakit” yang belum disembuhkan Khaled Nordin semasa di Kem Pengajian Tinggi diwariskan pula kepada TS Muhyiddin untuk diubati yang memang dah GAGAL di kementeriannya sendiri bila 2 kementerian ini digabungkan dalam rombakan kabinet selepas PRU13.Tidak dapat nak aku bayangkan HARU BIRU yang bakal berlaku dalam dua kementerian yang kini sudah menjadi satu dibawah seliaan TS Muhyiddin.
Apakah ianya akan menjadi HARU BIRU dan HURU HARA sapertimana KEGAGALAN Muhyiddin menangani krisis dalam MKN (Majlis Keselamatan Negara) yang beliau juga sebagai “kepala”nya…?
P/S : Dalam artikel akan datang aku akan menyentuh dimana silapnya Menteri Pelajaran dalam kegagalan beliau menyentuh naluri para pendidik ini dan kenapa Umno yang ada hari ini menjadi ‘penyumbang’ “sehingga dilihat KOTOR dan JIJIK dimata para pendidik hari ini.
Sumber: http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/kegagalan-menteri-pelajaran-memahami.html
Posted June 15, 2013
Posted June 15, 2013
No comments:
Post a Comment