Pages

Saturday, 17 August 2013

DAP: Kutukan Kudeta Mesir - UMNO PATUT MALU PADA DAP? & 'Najib jangan bimbang, kita akan sokong' - Anthony Loke Siew Fook

Ahad, 18 Ogos 2013

Gambar salah seorang syahid pembunuhan beramai-ramai di Ramsis. "Aku nak seekor anjing (pro Sisi) cakap ini gambar dari Syria".
                                                         Sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية

Photo: SOLIDARITI UNTUK RAKYAT MESIR
"Tunjukkan Keperihatinan Anda!"

1. Ambil gambar anda sambil memegang 'Mesej Solidariti' untuk rakyat Mesir yang ditindas Kudeta dalam bahasa Inggeris atau Arab. (Untuk sebaran lebih meluas dan global)

2. Nyatakan 'nama pengirim' (Contoh : Dari Ahmad sekeluarga/dari Abu dan isteri , dari Kelab Rakan Masjid/Dari SMK Al Amin dll)

3. Hantarkan ke ruang 'mesej' di page Mesir Kini.

"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia" - Recep Tayyep Erdogan (Perdana Menteri Turki)

SEBARKAN!

SOLIDARITI UNTUK RAKYAT MESIR
"Tunjukkan Keperihatinan Anda!"
 Ambil gambar anda sambil memegang 'Mesej Solidariti' untuk rakyat Mesir yang ditindas Kudeta dalam bahasa Inggeris atau Arab. (Untuk sebaran lebih meluas dan global)

DAP: 'Najib jangan bimbang, kita akan sokong' 
Anthony Loke Siew Fook
Anthony Loke Siew Fook
KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan akan memberi sokongan kepada kerajaan sekiranya ada usaha untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya yang sedang berlaku.
Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi sokongan dan menggesa usul untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan.

Tambahnya, perdana menteri tidak perlu gentar untuk membawa usul mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.
"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.
"Jangan bimbang kita tak sokong usul itu, kita akan sokong," katanya pada Himpunan Munajat 100K, di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Semalam, DAP telah menggesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir.
Dalam pada itu, Siew Fook yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, isu kekejaman Mesir adalah isu manusia yang penting berbanding pemilihan semula CEC parti itu.
Katanya, Najib perlu tegas mengutuk kekejaman tentera dan kerajaan Mesir.

"Kita amat dukacita Najib seperti tak ada masa, beliau lebih ada masa  isu DAP.
"Isu ini lebih penting daripada isu CEC, ini isu kemanusiaan bukan keagamaan sahaja," katanya lagi.
Dicatat oleh atsixty di 8:15 AM

No comments:

Post a Comment