Pages

Sunday, 4 August 2013

DSP didakwa 4 pertuduhan merogol & meliwat remaja 13 tahun...mengaku "Tidak bersalah."

Isnin, 5 Ogos 2013
Seorang pegawai kanan polis Malaysia didakwa atas empat pertuduhan merogol dan meliwat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun

DIBEBAS DENGAN IKAT JAMIN: DSP Rohaizat kelihatan sedang meninggalkan Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Sabah, bersama peguam dan isterinya, kelmarin, selepas dia minta dibicarakan atas empat tuduhan merogol. - Foto THE STAR
Segarkan ingatan anda...
KOTA KINABALU: Seorang pegawai kanan polis Malaysia didakwa atas empat pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, menurut sebuah akhbar harian negara itu.
Timbalan Superintenden (DSP) Rohaizat Abdul Ani, 54 tahun, bekas ketua unit D7 di ibu pejabat polis Sabah yang juga pernah bertugas sebagai ketua polis daerah Setiu tahun lalu, didakwa merogol remaja tersebut di sebuah bilik hotel di Kota Kinabalu pada 3.30 petang, 1 Februari tahun lalu, lapor akhbar The Star, semalam.
Photo: syukur lahhh..
keamanan masih dikecapi...
puik
Rohaizat turut didakwa meliwat remaja itu pada hari dan tempat yang sama, selain mengulangi perbuatannya itu kira-kira 10 pagi keesokan harinya.
Ketika pertuduhan keempat merogol remaja berkenaan di hotel yang sama sekitar Mei tahun lalu dibacakan, Rohaizat bertanya: "Apa, tiada tarikh?"
Dia kemudian menggelengkan kepalanya sambil berkata: "Tidak bersalah."

Rohaizat turut dilihat menulis nota apabila pertuduhan awal dibaca dan menjawab "tidak bersalah" setiap kali dibacakan pertuduhan dengan jelas dan lantang.
Rohaizat, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang, tiba di mahkamah dengan memakai jaket dan berseluar gelap serta ditemani isterinya.
Bapa dua anak itu menutup mukanya dengan surat khabar apabila melihat pemberita dan jurugambar ketika melangkah masuk ke bilik perbicaraan.
Mamat Jonet's photo.
Timbalan Pendakwa Raya, Encik Jamil Aripin, meminta ikat jamin sebanyak RM20,000 ($7,766) bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukannya itu amat serius.
Encik Ram Singh, peguam yang mewakili Rohaizat, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu memegang jawatan pegawai kanan polis dan dia tidak akan melarikan diri.
Encik Singh berkata Rohaizat sanggup melaporkan diri kepada ibu pejabat polis Pulau Pinang dua kali seminggu jika perlu.

Beliau juga menggesa ikat jamin minimum RM5,000 ditetapkan bagi setiap pertuduhan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Encik Ismail Berahim, bagaimanapun menetapkan jumlah tersebut kepada RM40,000 dan membenarkan Rohaizat dibebaskan selepas menetapkan 9 hingga 13 Disember ini bagi tarikh perbicaraan kesnya.

Hakim Jamil berkata pihak pendakwaan mempunyai senarai 25 saksi, tetapi belum menentukan berapa ramai yang akan dipanggil memberikan keterangan.
KES ROGOL REMAJA DI MALAYSIA

No comments:

Post a Comment