Istana Negara
Kumpulan Panji Hitam datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara
Istana Negara: LEBIH kurang jam 4.10 pagi tadi, sekumpulan individu telah berhimpun di hadapan pintu 1 Istana Negara Kuala Lumpur. Kumpulan ini terdiri seramai lapan orang lelaki dan dua wanita berpakaian serba hitam, menaiki tiga buah kereta.Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah.
Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor.
Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.
(sumber FB adminRF / gambar AAKJ)
MNH
10 individu dakwa pewaris Agong ditahan polis
Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.
“Kumpulan ini mendakwa mereka dari Kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan datang ke istana kerana mendakwa mereka adalah pewaris Agong yang sah.
Menurut Aida, tidak ada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kereta yang dirampas, kecuali 13 bendera bertulisan jawi dan beberapa helaian watikah baiah (perakuan sumpah).
Aida berkata siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. – Bernama
PENTING!! Empayar Langkasuka Nusantara
Aku rasa diorang nih stim syabu dan candu lebih lar, berangan tak sudah. Bodoh giler pada yang mengaku sultan tu, bangang 7 keturunan yang tak habis.
ReplyDeleteHaha,dieorang ni buat lawak gila.Nak tuntut tahkta konon.Lawak...lawakk..
ReplyDeleteaku rasa diorg ni tiada kepuasan dalam hubungan suami isteri kot..x pun tgk dvd banyak sangat...lain mcm je bunyi nya..igt ms kecik2 dlu..slalu main2 cmni...lawak gler..masuk raja lawak ni conform dapat cantas jozan
ReplyDeletejawapan korang smua salah....sebenarnya merekalah golongan yg gila takha.sebab,ari2 mkn ubi kayu....nk mrasa gak mkn daging panggang cecah keju.....
ReplyDeleteParti ajaran sesat ni...hisap ganja,candu lagi2 pil kuda....Nama merongmahawangsa tu nama buddha la
ReplyDeleteKetum power ni
ReplyDeleteSebenarnya orang yang komen lebih gila dan mabuk. Seronok no bercakap? Takda rasa beban ke bercakap tu?
ReplyDelete