TMJ baran dgn pengadil...
Ranking skuad bola sepak Malaysia kekal tangga ke-159
Walaupun tidak menyertai perlawanan persahabatan sejak kebelakangan ini, kedudukan skuad bola sepak kebangsaan tidak berubah dalam ranking bola sepak dunia.
Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kekal di kedudukan ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.
Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).
Kedudukan terbaru itu meletakkan pasukan kebangsaan setanding dengan beberapa pasukan lain seperti Palestin (151), Bangladesh (152), Maldives (154) dan Chad (160).
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal berada di tangga kelima di belakang Thailand (138), Filipina (144), Vietnam (145) dan Singapura (156).
Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-31 daripada 46 negara. - Bernama, 4 Julai, 2013.
No comments:
Post a Comment