Pages

Monday, 26 August 2013

HOT!, Hakim Terkhilaf Sabit Kesalahan Kes Altantuya !!!: Kegagalan mengaitkan pemilikan bahan letupan (C4)? - Azilah dan Sirul bebas..

Isnin, 26 Ogos 2013
shahrulnizam.net
Kes bunuh Altantuya: Bapa perlu RM60,000 
malaysiakini.com

Faktor yang membawa kepada pembebasan Sirul dan Azilah
Berikut adalah antara beberapa faktor yang membawa kepada pembebasan Sirul dan Azilah dari tuduhan membunuh Altantuya..
1-Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.

2-Hakim Perbicaraan gagal menimbang notis yang jelas terdapat percanggahan.

3-wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu.

4-Gagal mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

5-Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan.

6- Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu.
Posted by Anak Sungai Derhaka at Monday, August 26, 2013 

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar dikenakan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibu. Foto THE STAR

Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, yang bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya, Jumaat lalu.

www.ohtidak.com 

The Malasian Insider melaporkan
Kesilapan besar pendakwa kes Altantuya menyebabkan dua polis bebas  
Timbalan Superintendan Polis (DSP) Musa Safri yang tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah kunci untuk membongkar kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut laporan penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 

Laporan itu juga mendedahkan kegagalan hakim perbicaraan menimbang notis alibi sebagai punca kepada pembebasan dua komando polis, ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar pada Jumaat lalu. 
kedahlanie.info
Kedua-dua tertuduh sebelum ini disabitkan dengan kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006. 
Laporan penghakiman oleh salah seorang hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat juga menekankan wujud percanggahan dalam afidavit oleh penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dengan keterangan Sirul di mahkamah berkaitan pembabitan Musa dalam kes itu. 

"Ia tidak boleh terlepas pandang episod buruk dan dasyat ini bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum pembabitan Azilah dan Sirul. 
"Bukti yang diperoleh menunjukkan tugas Azilah dan Sirul adalah meronda sekitar rumah Razak dan kehadiran mereka di sana pada malam itu atas permintaan Razak kepada Azilah," tulis Tengku Maimun dalam penghakimannya. 
tukanglawan.blogspot.com
Hanya Musa akan membongkar semua ini, katanya. 
Dalam pembebasan Azilah, Mahkamah Rayuan mendapati hakim perbicaraan Datuk Mohd Zaki Md Yassin gagal menimbang notis alibi yang menunjukkan Azilah tidak mungkin boleh berada di dua lokasi pada suatu masa ketika malam pembunuhan Altantuya. 

Mahkamah Rayuan berkata, rekod panggilan oleh syarikat telekomunikasi yang diberikan pendakwa raya bertujuan untuk mengenalpasti pergerakan Azilah pada hari pembunuhan Altantuya. 
Berdasarkan kepada bukti yang diberikan itu, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. 

Bagaimanapun, diari balai Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di sana mengutip senjatanya, Glock EAH 387 dan dua kelopak peluru pada jam 10.18 malam. 
Beliau kemudiaan beredar ke Putrajaya dalam tugasan mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Pegawai penyiasat dalam pembunuhan Altantuya, ASP Tonny Lunggan memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai kebenaran diari itu dan ketepatannya. 
Namun, Mahkamah Rayuan berhujan meragui ketepatan rekod panggilan telefon berkenaan ~ The Malaysian Insider

myMetro pula melaporkan..
tukanglawan.blogspot.com
Kes bocor pendakwa gagal tampil Musa 
Kegagalan mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar antara kekhilafan Hakim Mahkamah Tinggi yang dijadikan alasan Mahkamah Rayuan untuk melepas dan membebas dua anggota polis itu daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. 
Keputusan mengetepikan sabitan serta hukuman gantung sampai mati dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, sebelum ini dibuat sebulat suara tiga panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. 

Membaca penghakiman ringkas keputusan itu, Tengku Maimun berkata, pihaknya hanya membaca rumusan keputusan terhadap isu utama dikemukakan perayu. 
Menurutnya, berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi menghubungkaitkan isu bahan letupan dengan perayu. 
commons.wikimedia.org

“Terdapat kaitan antara bahan letupan dengan si mati, oleh itu pendapat kami Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi mengaitkan bahan letupan dengan perayu. 
“Dengan tidak membuat penemuan berhubung pemilikan oleh perayu dengan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan ini, Hakim Mahkamah Tinggi gagal membuat pertimbangan terhadap kaitan terputus ini,” katanya. 

Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dihukum gantung sampai mati atas dakwaan membunuh Altantuya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006. 
mole.my
Pada perbicaraan bermula 18 Jun 2007 dan prosiding berlangsung selama 151 hari, 84 saksi pendakwa dipanggil memberikan keterangan antaranya pakar bom, pakar senjata api, ahli kimia, forensik, pegawai perubatan dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) serta kakitangan Celcom. 
Berhubung alibi pembelaan Azilah, Tengku Maimun berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan dalam alasan penghakimannya beliau ada menimbangkan maklumat daripada diari stesen. 
Menurutnya, maklumat itu perlu untuk cenderung menunjukkan kehadiran perayu di Bukit Aman ketika waktu kejadian, sekali gus bermakna dia tidak berada di lokasi kejadian. 

“Hakim tersalah arah membuat pertimbangan terhadap diari stesen itu dan gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan menyatakan bahawa Azilah berada di tempat kejadian,” katanya. 
Berhubung isu log panggilan telefon dan ramalan liputan, Tengku Maimun berkata, mahkamah mendapati adalah satu keperluan bagi Hakim Mahkamah Tinggi memberi fokus terhadap isu ditimbulkan pembelaan berhubung bahan bukti. 
“Kami mendapati keterangan tiga pegawai telekomunikasi menimbulkan isu kesahihan dan ketepatan. Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan sama ada terdapat gangguan atau pengubahan data.

“Sama ada kesahihan data itu boleh dipersoalkan atau sebaliknya. Bagaimanapun dalam kes ini ia gagal dilakukan. Pada pendapat kami, kegagalan tersalah arah ini serius memandangkan bukti dikemukakan itu tidak selamat digunakan,” katanya. 
Tengku Maimun berkata, satu lagi kekhilafan dikesan pihaknya ialah kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.

Menurutnya, keterangan Musa adalah perlu bagi merungkai kejadian yang menjadi dasar dalam kes pendakwaan ini. 
Sementara itu berhubung maklumat membawa kepada penemuan, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan. 
“Beliau gagal memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak memberi fokus sama ada perayu menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketepatan keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950,” katanya. 
Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu dan sama ada pembunuhan berkenaan dilakukan dengan niat bersama hasil daripada perancangan awal terbabit. 

“Melihat kepada keadaan keseluruhan kes, kami memutuskan bahawa sabitan terhadap kedua-dua perayu adalah tidak selamat, oleh itu kami sebulat suara membenarkan rayuan dan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya lapor myMetro

No comments:

Post a Comment