Jakim padam artikel kesesatan syiah dari webnya?
Inikah punca Jakim padam artikel kesesatan syiah dari webnya?
Presiden Republik Islam Iran, Dr. Mahmoud Ahmadinejad telah meluangkan masanya untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Mac baru-baru ini.
Beliau bersama-sama delegasinya adalah dalam rangka lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari. Ketibaan Dr. Mahmoud Ahmadinejad serta delegasinya ke Masjid Wilayah diiringi oleh Y.B Dato' Sri Dr. Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi selaku Menteri Pengiring.
Mereka kemudiannya disambut oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Mustafa Abd. Rahman, Pengarah JAWI, Haji Che Mat Che Ali, Imam Besar Masjid Wilayah, Haji Mohamad b. Mohamad Zin serta pegawai pegawai masjid.
Setelah selesai solat, Dr. Mahmoud Ahmadinejad sempat beramah mesra dan bersalam-salaman bersama hampir seribu jemaah yang menanti untuk bertemu beliau sebelum berangkat meninggalkan masjid. -jakim
Sebelum itu JAKIM pernah mengeluarkan artikel yang menerangkan kesesatan syiah bersama-sama dalil dan bukti dari AL Quran. Namun artikel yang bertajuk 'Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah' dengan link address http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html#seleweng tidak dapat diakses lagi. Tidak diketahui puncanya. Namun yang pasti artikel itu telah dipadam atau di simpan sebagai draf oleh pengendali laman web JAKIM.
Blog ini telah berjaya menemui dan menyiarkan semula artikel JAKIM tersebut dengan tajuk 'Artikel khas penjelasan tentang kesesatan syiah oleh JAKIM'
Posted by GeloraHatiMuda at 11:57 AM
Salam. Saya juga ingin membaca tulisan yang saudara sebutkan itu. Tapi di mana ? Sdr tak pun siar bersama tulisan sdr ni ataupun sebagai attachment ataupun link ?
ReplyDeleteAnda juga boleh membaca artikel saya bertajuk," Syiah di malaysia : satu ancaman keselamatan negara dan akidah Islam"
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/syiah-di-malaysia-satu-ancaman.html