Kenyataan Education Malaysia Egypt
Semua pelajar Malaysia diperingatkan membeli bahan makanan harian, topup kredit handphone dan urusan lain pada siang hari dengan mematuhi arahan berkurung dari jam 7 malam hingga 6 pagi dalam tempoh sebulan sehingga 13 September 2013 (tertakluk kepada perubahan). - EME
Sumber : Education Malaysia Egypt
Kerajaan haram kudeta Mesir telah mengeluarkan kenyataan bagi perintah darurat yang berkuat kuasa selama sebulan bermula dari waktu asar hari ini 14/8/2013
Jabatan Presiden Sementara (kerajaan haram kudeta) Mesir telah mengeluarkan kenyataan bagi perintah darurat yang berkuat kuasa selama sebulan bermula dari waktu asar hari ini 14/8/2013. Kenyataan ini dibuat sejurus daripada pembunuhan beramai- ramai dan serangan mengejut yang dilakukan oleh pihak tentera terhadap demonstran pro- Legitimasi yang berkhemah dan berkampung di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah sejak 28/6 sehingga hari ini dan juga demonstrasi-demonstrasi dan pertempuran-pertempuran yang berlaku di seluruh negeri di seluruh Mesir.
Masuk sahaja waktu Asar sebentar tadi menandakan bermulanya tempoh darurat yang diumumkan oleh Presiden Sementara Adly Mansour. Di samping itu Jabatan Presiden Sementara juga mengarahkan pihak tentera untuk menggembleng tenaga membantu Kementerian Dalam Negeri dalam usaha mewujudkan keamanan sejagat.
Mesir kini berada dalam keadaan huru hara yang tidak menentu yang bermula sejak pagi hari ini, ketika mana pihak tentera dan pihak berkuasa keselematan dengan tiba-tiba melancarkan serangan terhadap demonstran-demostran pro- legitimasi di Medan Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah yang menyebabkan kehilangan nyawa seramai 2200 (dari sumber medan sendiri) namun bilangan dari Kementerian kesihatan ialah seramai 95 orang dan bilangan yg cedera adalah seramai 874 org.
Sumber: Al Jazeera
No comments:
Post a Comment