Tapi ramai yang keliru kerana Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Mantan PM Mahathir Mohamad boleh hadir pula ke majlis angkat sumpah Presiden baru negara Syiah Iran, Hassan Rohani.
Kalau pemimpin pembangkang mungkin HEBOH di media arus perdana.
Justeru, harap RAKYAT tidak keliru dengan adengan yang anda saksikan ini.
*Apa motif sebenarnya pertemuan ini? IdaMan Blogs.
Umno jangan guna isu Syiah - Fazil Murad
Kenyataan bijaksana Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai isu Syiah yang dimomokkan media massa, dimainkan oleh sebahagian ahli politik, diracuni pula oleh kumpulan Tafriqah dan Takfiri dan didiamkan oleh sebahagian besar agamawan menyerlahkan kewibawaan PAS selaku gerakan Islam paling berpengalaman dan reliable di Malaysia.
Ini menunjukkan kematangan PAS dan Abdul Hadi sendiri dalam memahami sepak terajang politik antarabangsa dan sejarah ketamadunan Islam itu sendiri.
Ketika mana UMNO dilihat mengunakan isu Syiah untuk percaturan politik sempit mereka untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu setelah menyedari masyarakat bukan Melayu telah secara hampir total tidak lagi menyokong mereka dalam PRU 13 baru-baru ini.
Kenyataan yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Muslim antarabangsa yang pelik memerhatikan gelagat Malaysia yang menghina, mengecam dan mengkafirkan pengikut Syiah secara begitu biadab tanpa pembelaan dari sebahagian besar agamawan tanah air. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia bertindak keterlaluan terhadap masyarkat Syiah.
Arab Saudi yang diketahui mempunyai hubungan diplomatik yang buruk dengan Iran juga tidak pernah bertindak sedemikian terhadap lebih tiga juta pengikut Syiah di negara mereka.
Setelah hampir setiap hari momokan dilakukan media-media massa dan media-media sosial terhadap masyarakat Syiah, kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa Malaysia masih lagi mempunyai pemimpin Islam yang berwibawa, bersesuaian dengan prinsip “PAS for All”.
Ketika sebahagian pemimpin PAS terutama di peringkat pemuda mula mengikut rentak gerakan neo wahabism Abdul Hadi tampil dengan penuh kematangan sebagai tokoh pemimpin gerakan Islam bertaraf antarabangsa.
Di samping itu, kenyataan pembelaan Abdul Hadi boleh menarik sokongan pengikut Syiah yang dikatakan berjumlah 250-300 ribu kepada PAS. Adalah dipercayai ramai juga pengikut syiah yang menyokong UMNO sebelum ini.
Isu Sunnah Syiah dimainkan kembali ekoran peperangan proksi di Syria yang didalangi oleh Amerika . Mudahnya, Syria perlu dihancurkan untuk menyekat laluan bantuan ketenteraan Iran kepada Hezbullah. Penguasaan regim barat ke atas bumi Syria bukan sahaja melemahkan Hezbullah tetapi akan membunuh Hamas dan Jihad Islami di bumi Palestin. Inilah cita-cita Israel.
Malangnya hari ini seruan jihad di bumi Syria dicanangkan melalui organisasi wahabi dan pro wahabi seluruh dunia yang dibiayai oleh sekutu Amerika di Timur Tengah iaitu Saudi dan Qatar.
Mereka menciptakan semangat jihad palsu di bumi Syria dan mempengaruhi anak-anak muda menyertai gerombolan pengganas untuk menghancurkan keamanan bumi Syria.
Pihak kerajaaan Syria yang mempertahankan tanahair mereka dan Hezbullah yang wajib mempertahankan survival mereka dicop sebagai Syiah yang kononnya gemar menumpahkan darah Ahlus Sunnah. Maka skrip Syiah Sunnah dimainkan kembali.
Di Malaysia sendiri ramai kader-kader wahabi melalui Hizbut Tahrirmenggerakkan semangat jihad palsu Syria dengan menggunakan baja kebencian kepada Syiah.
Lihat bagaimana pelbagai organisasi media sosial ditubuhkan seperti Gerakan Anti Syiah Malaysia, Syrian Care dan sebagainya yang digunakan untuk merekrut anak-anak muda melayu yang tidak berdosa menjadi mangsa politik Amerika Zionis di Syria.
Adalah menjadi rahsia umum bahawa telah terdapat beberapa anak muda Malaysia yang berada di sana dan berperang bersama firqah Nusrah yang ekstrim. Sepatutnya Kementrian Dalam Negeri (KDN) memantau keadaan ini bukannya sibuk membilang berapa ramekins pengikut Syiah di Malaysia.
Kepulangan pejuang-pejuang jihad melayu ini yang trigger happy ke Malaysia adalah hadiah terbesar Umno untuk diri sendiri dan rakyat Malaysia. Tahniah. KDN tentu masih ingat “Geng Styer” dan Kumpulan Mujahidin Malaysia KMM.
UMNO sepatutnya tidak menggunakan Syiah untuk menghimpunkan sokongan orang-orang melayu. Isu Syiah bukannya isu ketuanan melayu yang boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh regim pemerintah. Syiah juga bukan seperti Al-Arqam, tetapi Syiah adalah sebahagian dari khazanah Islam yang berusia hampir sama dengan usia agama Islam itu sendiri.
Sarjana-sarjana agung Islam sendiri memahami hakikat ini di mana terdapat perkongsian khazanah ilmu yang sangat kukuh antara dua madrasah Islam paling berpengaruh ini, iaitu madrasah Ahlus Sunnah dan madrasah Syiah.
Contohnya sekiranya Syiah dihapuskan, kitab Sahih Bukhari juga akan kehilangan ratusan hadis kerana terdapat lebih dari 150 orang perawi dalam rantaian sanadnya yang terdiri dari mereka yang berfahaman Syiah. Ini adalah fakta, hanya sahaja kita tidak mahu mengkajinya.
Isu Syiah yang dimainkan oleh akhbar Sinar Harian yang dikenali sebagai sangat pro Wahabi, dan Utusan Melayu yang menjadi lidah Umno sangat menjengkelkan bagi sebahagian besar umat Islam yang mempunyai kefahaman Islam yang progresif dan sederhana, sangat memalukan Islam di mata bukan Islam.
Umno juga merosakkan imej Islam di peringkat antarabangsa terutamanya dua negara utama umat Islam yang mempunyai majoriti ummat Islam yang bermazhab Syiah iaitu Iran dan Iraq. Tindakan keterlaluan terhadap pengikut Syiah juga akan menjatuhkan maruah Malaysia sebagai negara Islam membangun di mata dunia.
PAS pula sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik tidak sepatutnya berpuas hati dengan kenyataan Abdul Hadi semata-mata. Pas tidak boleh menjadi defensif dan merasa rendah diri apabila ditohmah mempunyai ramai penyokong Syiah.
Pas sendiri menjadi dinamik akibat mempunyai sikap terbuka terhadap Syiah dan Revolusi Islam Iran pada dekad 80an dahulu. Bukankah konsep kepimpinan ulama dan mursyidul am sedikit sebanyak mempunyai pengaruh Revolusi Islam.
Walaupun PAS agak terikut-ikut dengan Ikhwanul Muslimin ketika peperangan Iran dan Iraq dan Perang Teluk pada awal 90an, PAS hari ini dilhat lebih matang dan tidak terikut dengan rentak Ikhwanul Muslimin dalam isu Perang Syria.
Bahkan ramai juga pemimpin Ikhwan yang sependapat dengan Abdul Hadi. Sayap politik Hamas lebih cenderung kepada pengaruh Qatar sedangkan sayap ketenteraan Hamas bulat bersama Hezbullah.
Abdul Hadi membuktikan kebijaksanaannya terlalu jauh kehadapan berbanding sayap pemuda yang mudah terpengaruh dengan topeng jihad Syria yang didalangi Wahabi. Ianya bukanlah mengejutkan kerana PAS sendiri mempunyai kader-kader Wahabi yang ramai. Di sini barisan pemimpin pertengahan yang berwibawa seperti Khalid Samad, Salehudin Ayub, Husam Musa dan Dr Mujahid Yusof Rawa perlu bekerja keras membongkar kebangkrapan UMNO dalam isu Syiah dan menarik lebih ramai pendokong Syiah ke dalam PAS bukannya sebaliknya.
PAS telah berjaya memecahkan tembok antara bukan Islam dan adalah lebih mulia sekiranya PAS berjaya memecahkan tembok kemazhaban yang sering menjadi mainan musuh. PAS perlu belajar dari kegagalan Taliban dan Ikhwan di Mesir dan mampu menjadi gerakan islam paling dinamik dan terbuka menjadi contoh kepada seluruh gerakan Islam dunia. Abdul Hadi telah membuka langkah tersebut dan terpulanglah kepada seluruh kepimpinan PAS untuk mencipta sejarah, Insya Allah.
*Fazil Murad adalah seorang peniaga dan mengikuti perkembangan politik semasa.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment