Azeez Rahim Tak Layak Jadi Pengerusi Tabung Haji - Azeez Rahim dan Janji Manisnya...
Selaku Pengerusi Idiqa Holding Sdn Bhd, Azeez telah membelanjakan 18.15juta bagi membayar pendahuluan pampasan kepada 363 bekas peneroka tersebut yang berjumlah RM50,000 seorang.
Umum semua maklum yang mana Azeez Rahim mula memegang jawatan sekalu Ketua UMNO Bahagian Baling pada November 2008. Jika dihitung sehingga sekarang, sudah mengjangkau setahun lima bulan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling disandang oleh Azeez Rahim. Rata-rata janji-janji Azeez Rahim kepada penduduk di Baling masih samar-samar. Jika ingin dirungkaikan janji-janji Azeez ini mungkin seminggu pon tidak habis di cakap.
Berikut adalah beberapa janji-janji Azeez Rahim yang cukup menjadikan Azeez Rahim cukup dimarahi oleh orang UMNO sendiri:
1) Membina Banggunan Baru 7 tingkat UMNO Bahagian Baling.
2) Member elaun kepada Semua Ketua Cawangan yang bukan JKKKP sebanyak RM450 sebulan.
3) Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.
4)Membawa semua Ketua Cawangan menunaikan Haji.
( janji ini sudah sebanyak 2 kali katanya)
5) Membawa Semua Ketua Cawangan menunaikan Umrah.
6) Membina Kawasan Perindustrian untuk anak-anak Baling bekerja.
7) Membina Universiti Pertanian di Baling.
Banyak lagi janji-janji Azeez Rahim yang terus membelenggu Masyarakat Baling. Jika Azeez Rahim ikhlas dalam membantu masyarakat di Baling, dimana janji-janji Azeez ini semua. Berapa juta yang dia ikhlas laburkan di Baling untuk pembanggunan Baling? Apa yang Azeez Rahim lakukan hanyalah kerana untuk menaikkan namaya sahaja di mata DS Najib Tun Razak. Di Baling hanyalah bantuan beras sepeket, gula sekilo, kopi saja yg selalu disumbang di Daerah Baling bagi membantu org-org di sini. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..
Dek kerana ingin menonjolkan diri kepada DS Najib Tun Abd RAzak, Azeez Rahim bersungguh-sungguh membantu sehingga Rm18.15juta dihabiskan dek kerana ORANG LUAR dalam tempoh 9 hari sahaja. Janji-janji di Baling hanya janji tinggal janji. Beterpatan dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan telah menjadi Rakyat Luar Didahulukan Rakyat Baling Diperbodohkan.
Selepas ini pencacai-pencacai Azeez Rahim di Baling akan memuji Azeez Rahim tinggi-tinggi kerana Azeez Rahim membantu ORANG LUAR. JTAR mencabar pencacai-pencacai Azeez Rahim cuba mendesak Azeez Rahim melunaskan janji-janjinya di Baling dalam tempoh 10 hari. Di depan DS Najib, Azeez boleh laksanakan kenapa tidak di belakang DS Najib?
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 9/23/2013 08:29:00 PTG
Video Tun Razak jadi tali barut Jepun satu pembohongan
KOTA TINGGI 22 Sept. - Tindakan pihak tertentu mendakwa kononnya bekas Perdana Menteri, Allahyarham Abdul Razak pernah menjadi tali barut Jepun disifatkan sebagai satu pembohongan dan fitnah jahat.
Calon ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Abdul Azeez Abdul Rahim menyifatkan penyebaran fitnah tersebut sebagai gimik politik yang cetek dan individu terbabit yang menyebarkannya sebagai buta sejarah.
"Kenapa yang pernah menjadi askar Force 136 yang berjuang demi masa depan Malaya ketika itu tidak digembar-gemburkan? Sebab itu saya kata, kalau nak bercerita, ceritalah betul-betul.
"Apa yang saya lihat, perkara itu hanyalah gimik politik oleh mereka yang cetek akal. Bukti dan fakta Tun Abdul Razak menjadi askar jangan diketepikan. Saya harap rakyat pada masa ini tidak percaya dengan isu tersebut," katanya diminta mengulas tindakan pihak tertentu menyiarkan video di dalam YouTube baru-baru ini yang mendakwa kononnya Perdana Menteri Kedua itu sebagai tali barut Jepun. - UTUSAN MELOYO ONLINE
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 8:30:00 PTG
ISNIN, 23 SEPTEMBER 2013
No comments:
Post a Comment