Pages

Saturday, 14 September 2013

Buat rayuan buka semula kes Altantuya : Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Asmuni Awi

Sabtu, 14 September 2013
Pejabat Peguam Negara mesti membuat rayuan dibuka semula kertas siasatan... 

KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara mesti membuat rayuan dibuka semula kertas siasatan terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menegas kan perkara ini, Pengerusi Lajnah Undang undang PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, tindakan membuka semula kertas siasatan terpulang kepada Pejabat Peguam Negara dan bukan atas arahan polis.

Asmuni mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis tidak akan menjalankan siasatan baru ke atas kes pembunuhan penuh kontroversi dan berprofil tinggi itu.

"Mahkamah kata adanya pembunuhan. Bukan tidak ada pembunuhan. Mahkamah kata bukan tidak ada kematian. Ada kematian. Dan yang dituduh ada di situ. Cuma tidak dapat dilink-up. Sepatutnya satu siasatan baru dibuat.

"Bagaimanapun, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar tidak boleh lagi didakwa kerana telah dibebaskan mahkamah.

"Walaupun kemudiannya didapati mereka yang melakukan pembunuhan tersebut. Sistem undang-undang kita menghalang pertuduhan dua kali," katanya kepada Harakah.

Asmuni berkata, dalam kes ini, ia bukan masalah melibatkan polis dan pejabat peguam negara tetapi masalah yang ditimbulkan keputusan mahkamah itu sendiri.
Harakahdaily.
mole.my
 
TranungKite Online v7.0 

No comments:

Post a Comment