Pages

Monday, 30 September 2013

Hari2 rakyat kena kecing. Kesiannya rakyat Malaysia! & Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Isnin, 30 September 2013
Tahap Kencing manis...
Photo: Hari2 rakyat kena kecing. Kesiannya rakyat Malaysia.
Photo: Cuba jawab
Fb Saya Benci Harga Barang Naik!

Makan batu laa...
 Kita Bantai Dot Info's Photos 
Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?
Kerajaan sebenarnya boleh je dapat RM14 billion lagi JIKA tidak membazir pergi melawat Google, FB dan tempat2 lain (KONONNYA nak tingkatkan industri ICT negara). Skrg nak cedok RM14billion dari siapa? Tak lain tak bukan dari rakyat la. Sama ada naikkan tax, atau kurangkan subsidi...

Harga Minyak RON 95 Naik Lagi? Kerajaan Dapat RM13 Bilion (Julai). Kerajaan Nak Lagi RM14 Bilion (September 2013). Rakyat? Boleh?
Adakah anda merasakan kerajaan Malaysia sekarang ini sedang berada dalam landasan yang betul bagi mengurangkan kadar perbelanjaan & hutang negara yang bernilai (KLIK SINI) selama ini? Benarkah?

Realitinya bulan ini, kerajaan sekali lagi tampil di parlimen dengan membentangkan rang undang-undang perbekalan tambahan buat kali kedua tempoh 2 bulan untuk tujuan mendapatkan dana tambahan sebanyak RM14 bilion. RM14 bilion? Ya…..untuk tujuan perbelanjaan pengurusan kerajaan Malaysia.

Sekitar 2 bulan lepas, kerajaan Malaysia telah berjaya mendapatkan RM13 bilion. Bermakna di sini, dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan Malaysia berusaha mendapatkan bajet tambahan sebanyak RM27 bilion. Adakah ini berpunca daripada perancangan & pelan pengurusan kewangan yang teruk sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran & pemborosan dalam menggunakan dana & kekayaan negara oleh beberapa kementerian?

Bajet Tambahan RM27 Bilion Imej Tidak Baik Kepada Ekonomi Malaysia?

Ia sekaligus akan terus memberikan imej yang tidak baik di akalangan agensi penarafan kredit seperti Fitch Rating yang boleh memburukkan lagi keadaan nilai matawang ringgit Malaysia kelak.

Dalam pada masa yang sama seperti yang pernah Berita Semasa katakan sebelum ini (SEPERTI DI SINI), khabar angin di Malaysia sangat boleh dipercayai. Khabar angin yang acapkali menjadi realiti, di mana khabar angin yang berasas.

Sebelum ini Berita Semasa mengingatkan kepada semua bahawa hutang negara semakin meningkatkan. Bukan tidak mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati supaya tidak boros membelanjakan duit rakyat & negara. Nah….sekarang ini sama-sama akan merasai terutamanya kesan kepada rakyat Malaysia disebabkan pengurusan hasil mahsul negara dan ekonomi yang lemah.

Harga Minyak Ron 95 Tidak Akan Naik Dalam Masa Terdekat!
Walaubagaimanapun, apa sahaja jangkaan termasuklah penganalisis ekonomi dan juga PDAM (DI SINI) Berita Semasa sama sekali yakin yang mana kerajaan Malaysia tidak akan naikkan lagi harga minyak RON 95 dalam masa terdekat ini (seperti mana kenyataan rasmi oleh Tan Sri Muhyiddin Yaasin) baru-baru ini apatah lagi mengambil kira persediaan menjelang Pilihanraya Kecil Dun Sungai Limau tidak lama lagi & Bajet 2014, tetapi ianya tidak mustahil akan naik pada masa hadapan cuma alasan yang diberikan perlulah munasabah.

Jikalau alasan berlaku penyeludupan di sempadan memang rakyat tidak boleh terima, sebab kerajaan telah bayar gaji & tanggungjawab kepada Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dan perkara ini hanya berlaku di beberapa negeri di Malaysia ini dan melibatkan kawasan yang kecil sahaja

Berdasarkan semakan Berita Semasa merujuk pemerhatian penganalis dan pakar-pakar ekonomi meramalkan akan berlakunya perbelanjaan operasi yang lebih tinggi bagi tahun 2014 melibatkan emolumen & perkhidmatan awam.

Bagi Berita Semasa. Cukuplah. Usahlah membazir. Buangkan ego dalam diri setiap pemimpin politik yang ada. Tampil mengaku dengan kesilapan sendiri & paling pentingnya…berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Inilah masa dan ketikanya untuk kerajaan Malaysia mengurangkan pembaziran dana negara. Jika anda sebagai pemimpin negara & pemimpin politik sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik, bagaimana mungkin anda mahu memberikan kepada rakyat Malaysia yang ada di sini contohnya supaya berjimat cermat ketika berbelanja & mengurus kewagan amasing-masing dengan baik?

“Kepimpinan melalui tauladan”

Memang sangat-sangat pelik, semakin tinggi kenaikan harga minyak dunia, semakin tinggi pendapatan negara. Semakin rendah kos sara hidup di Malaysia. Tetapi….ini tidak berlaku di Malaysia.
BY STAFF BERITA SEMASA ON SEPTEMBER 30, 2013

No comments:

Post a Comment