Pages

Tuesday, 24 September 2013

Jamuan Raya Mewah PM Malaysia: Juadah kambing panggang.. Patut la kosnya RM2.88 juta

Selasa, 24 September 2013
Kambing Panggang!
So...ummmphhh!!  So...dap!
Gambar hiasan
Jamuan Raya Mewah PM Malaysia - Kosnya RM2.88 juta 
Photo: 3juta...!
Photo: kos petrol menteri ni..
kita y tanggung bai!
Photo
Najib gembira ramai hadir sambutan rumah terbuka
Najib mesra melayan tetamu-tetamu pada Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan di Pekan, hari ini. Foto Bernama
RM2.88 juta - ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.

Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya.
Lebih 80,000 hadir rumah terbuka PM di Pekan


Orang ramai dalam majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang, semalam.
PEKAN 17 Ogos - Kira-kira 80,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom dan hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, kira-kira 200 gerai dari 160 pembekal makanan sekitar Pekan menyediakan pelbagai juadah raya termasuk makanan tempatan seperti kambing panggang, opor daging, puding raja, laksa Pahang, kuih-muih tradisional, nasi beriani, nasi bukhara, nasi minyak dan roti jala.
"Pada majlis kali ini juga kita menambah jumlah juadah kambing panggang iaitu sebanyak 50 ekor berbanding 30 ekor pada tahun lepas, berikutan ramai pengunjung menggemari menu istimewa itu," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 150 bakal jemaah haji dari Pekan serta 40,000 beg cenderahati kepada pengunjung terawal.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis seperti Awie (Wings), penyanyi Syed Sobrie, Azie, Nash, Shura, Raja Azura dan Lan Pet Pet. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment