Pages

Tuesday, 3 September 2013

Kalian RAMPAS SUBSIDI kami! Anakku! jika semalam kau makan sepinggan, hari ini hanya saparuh....Kesian papa, papa sakit ke?

Selasa, 3 Sept 2013
Najib gagal bela nasib rakyat Pekan
manjanik.wordpress.com
"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,
maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,
Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan
yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."
...saksikan video untuk rakyat Malaysia
Posted Reformis Anak Muda
Faiz Iskandar Shamshir ·  Pengulas Tertinggi · Brotherhood di Comparative religion
Komenter Tajuk - Nazri: Cadangan Rafizi bodoh/Ahmad Fadli KC
9:01PM Sep 3 2013/Malaysiakini
NONE
Kalian rampas subsidi kami!
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...
Faiz Iskandar Shamshir

'kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...'

Anak Muda Yang Kaya Raya




Nedim, mengikut akaun Twitter, adalah pengerusi Harrison (M) Berhad di samping jawatan sebagai pengarah Charisma Positief, sebuah syarikat yang menjual kereta mewah.
Menurut laman web di www.harrisons.com.my, sebuah syarikat yang berasal usul di Sabah, dan menumpukan perniagaannya di Malaysia Timur, berurusan dengan pemasaran, jualan, pergudangan dan pengedaran barangan pengguna, bahan binaan, produk  kejuruteraan dan bahan kimia pertanian, operasi perkapalan dan agensi-agensi pelancongan.

Salah satu daripada pelanggannya yang disenaraikan bahagian Asia Pasifik Brewery, berurusan dengan jenama seperti Tiger Beer, Heineken, Anchor, Guinness, Anglia dan Malta.  Malah, salah satu anak syarikat Harrison, Harrisons Marketing & Services Sdn. Bhd, ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan wain, dengan kedai runcit yang besar yang terletak di Jalan 222, Petaling Jaya.

Dalam keadaan tidak mungkin bahawa menteri kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta mereka, maklumat ini, jika benar, akan mengejar bencana untuk Nazri lebih daripada anaknya.

Itulah jurang antara anak menteri yang kaya dengan Rakyat yang menderita kemiskinan...
Posted Reformis Anak Muda


Bukti-bukti Nedim Nazri Aziz (anak Menteri Pelancongan) tinggal di Clearwater Residence
Gambar screen shot laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar screen shot laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.




Gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar screen shot dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Posted Reformis Anak Muda

No comments:

Post a Comment