Pages

Monday, 23 September 2013

Kedatangan Presiden Barack Obama pada 11 Oktober 2013 di Malaysia tidak dialu-alukan malah dibantah dan dikecam...

Isnin, 23 September 2013
Kehadiran Obama malapetaka buat M'sia
Presiden Barack Obama tengah bersukan menembak, atau dikenal 
dengan istilah "skeet shooting", di Camp David, Maryland, 4 Ogos 2012. 
(AP Photo/The White House, Pete Souza).



Bantah TPPA: Bendera dan gambar presiden Amerika dibakar - The Malaysian Insider
Solidariti Anak Muda Malaysia 
ULASAN Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 11 Oktober 2013 di Malaysia tidak dialu-alukan malah dibantah dan dikecam.

Kami menyatakan pendirian kami bahawa imej AS sangat negatif di sisi rakyat Malaysia. Kehadiran Presiden AS, kami anggap suatu malapetaka buat Malaysia.

AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi.
Photo: Barrack Obama dibakar oleh SAMM dan para sekutu! Kami bantah kehadiran Obama, ini amaran sulong!!
SAMM
Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi memanipulasi media global, perjanjian ketenteraan, strategi menjatuhkan atau menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan.

AS dari dahulu lagi menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia. AS adalah negara paling rasis dan paling hipokrit.

Harus diingatkan bahawa apa yang dilakukan oleh AS terutama di dunia Islam menyebabkan umat Islam melahirkan kemarahan mereka terhadap negara dan presiden AS.
Photo: Sepintas lalu dari kuantan, Pahang
SAMM Pahang's photo.
Kebanyakan rakyat tidak dapat menerima Presiden AS sebagai tetamu. Jutaan umat Islam yang terkorban dan menderita di seluruh dunia adalah berpunca dari hegemoni ekonomi, ketenteraan dan politik AS.

Dan oleh sebab itu kedatangan presiden AS adalah suatu yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Negara samseng

Umat Islam khususnya melihat dasar kerajaan Amerika yang dipimpin oleh beberapa presidennya jelas mengguris hati kaum Muslimin di Iraq, Pakistan, Iran, Al-Quds, Gaza, Libya, Syria, Mesir, Algeria.

Seluruh polisi AS adalah untuk mengadu-domba dan memperalatkan pemimpin dan diktator negara-negara umat Islam sehingga umat Islam menderita akibat rejim yang pro-Amerika dan anti-Islam.

AS bukan sebuah negara yang layak bercakap mengenai hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Malah di tangan Obama kini dipenuhi darah orang yang tidak berdosa akibat dasarnya untuk memelihara kepentingan Israel dan Zionis Yahudi.

Mempertahankan kepentingan Israel adalah agenda utama AS walaupun melibatkan pencerobohan dan pemusnahan ke atas wilayah Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza.

Kerana AS mahu menjaga kepentingan imejnya sebagai kuasa besar dunia, Presiden Obama sanggup mengarah penghantaran Drones, kapal terbang perang tanpa pemandu, ke Afghanisatan yang membunuh ribuan orang awam tidak berdosa.

AS dikenali sebagai negara samseng yang sarat dengan konspirasi untuk memporak-perandakan negara umat Islam dan mana-mana negara yang didapati mempunyai kerajaan yang bersikap kritikal terhadap dasar luar AS seperti Iran, Cuba, Venezuela dan Korea Utara. 

Perangkap TPP

Perisikan CIA melakukan pelbagai operasi subversif dan sabotaj antarabangsa di pelbagai negara.

AS sebagai negara yang mudah diperalatkan oleh Israel, hanya memastikan seluruh dunia tunduk dan patuh kepada kehendaknya.

Kami membantah keras kedatangan Obama. Beliau adalah simbol kepimpinan hipokrit terulung di dunia dan tidak layak disambut di bumi Malaysia.

Kini Malaysia terperangkap dalam perundingan TPP yang diketuai AS. Jelas TPP adalah satu lagi hegemoni ekonomi AS yang mahu mengikat negara-negara dan berusaha mendominasi pasaran dunia. 

Agenda geopolitik AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyaingi kebangkitan ekonomi kumpulan negara-negara BRICS (Brazil ,India, Russia, China, Africa Selatan).

Kami menggesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima kehadiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya dalam erti kata sebenar.

Malaysia harus menunjukkan keberaniannya seperti Presiden Brazil Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau. 

Jelas perhubungan dengan AS mendedahkan negara kepada operasi espionage pada bila-bila masa.

Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan jelas terhadap kedatangan Obama, bagi menzahirkan pendirian mereka untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman, imperialisme dan dan penjajahan AS.

MOHD AZMI ABDUL HAMID Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Mk.



No comments:

Post a Comment