Sejarah Tugu Negara Malaysia
Pada tahun 1963, Tugu Peringatan telah digantikan dengan Tugu Negara berbentuk patung ukiran manusia setinggi 15m direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang telah diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Siap dibina dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11,000 orang pejuang yang terkorban semasa Zaman Darurat (1948-1960). Kerana jumlah yang terlalu ramai, nama 11,000 (atau lebih) orang pejuang yang terkorban tidak dipahat di Tugu Negara
Asas tugu yang tertulis "Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom, May The Blessing Of Allah Be Upon Them" serta "Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan Dan Kebebasan, Moga2 Allah Cucurkan Rahmat Ke Atas Mereka" dalam tulisan jawi diletakkan pada bahagian kiri dan kanan Jata Negara. Hari Pahlawan juga telah ditetapkan pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.
Sumber: Kisah Tugu Peringatan dan Tugu Negara Malaysia http://www.hootoh.my/2013/09/kisah-tugu-peringatan-dan-tugu-negara.
Zahid khuatir abu Chin Peng dorong bina tugu
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid berkata sekiranya kerajaan membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng masuk ke Malaysia, ia boleh mendorong pihak tertentu membina tugu peringatannya.
"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya," katanya ketika ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan setakat ini tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.
Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan tegas dalam keputusannya untuk tidak membenarkan abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bagi mengelak individu atau pihak berkenaan membina memorial atau lain-lain, yang seolah-olah mengiktiraf Chin Peng.
"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya kepada media di lobi Parlimen di ibu negara hari ini.
Katanya Chin Peng juga tidak pernah mengambil peluang untuk kembali ke negara ini sedangkan kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menawarkan dua peluang kepadanya untuk berbuat demikian selepas Perjanjian Hatyai pada 2 Disember 1989.
"Tawaran itu dibuat atas semangat perjanjian tersebut namun semakan rekod di JPN menunjukkan Chin Peng tidak menghantar sebarang permohonan, melainkan dia menggunakan nama lain," kata Ahmad Zahid.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilapor meninggal dunia pada 16 September lepas akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.
Pada hari sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.
Mk.
No comments:
Post a Comment