Peserta Ops Bubar dipenjara 2 tahun, denda RM5,000
KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik Perak pada 6 Februari 2009 lalu.
Posted by indah.com at 4:41 PM
Video insiden...Kudeta Perak!
Protest and tear gas rock royal town
Uploaded on Feb 6, 2009
Federal Reserve Unit (FRU) fires several rounds of tear gas as more than 3,000 Pakatan Rakyat supporters converge for a protest march at the Ubudiah mosque - about 1km from Istana Iskandariah in Kuala Kangsar.
Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak
RM 5000.
13 September 2013
Kudeta Perak: Pemenjaraan Segera 13 Aktivis Satu Kekejaman!
Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta.
Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam.
Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan. Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat.
Ketika pembunuh dibebaskan, ketika perasuah dan peragut wang rakyat berprofile tinggi diberi hukuman yang cukup ringan, 13 rakyat yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa diberi hukuman cukup berat dan tidak setimpal. Malah 13 rakyat biasa ini dilayan seperti penjenayah berat!
SAMM mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kamu hari ini tidak punya pilihan selain terus menderita dalam negara sekejam ini, ketika ruang demokrasi ditutup dan jika bersuara akan dihukum dengan seperti penjenayah.
Hukuman yang tidak mengambil kira soal kemanusiaan ini juga bersifat seperti di zaman penjajah. Dengan tekanan terhadap rakyat seperti ini, apakah kita sudah benar-benar merdeka?
Justeru SAMM menyeru semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh regim legasi penjajah.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2013/09
Kes Demontrasi dekat Istana Bukit Chandan, 13 dipenjara 2 tahun
Salah seorang pejuang demokrasi membantah perampasan kerajaan PR pada tahun 2009 yang didapati bersalah Mahkamah Majestret Kuala Kangsar.
Kelihatan YB Ngeh Koo Ham turut memberi sokongan moral kepada "pejuang demokrasi"
Antara 13 Pejuang demokrasi dibawa ke penjara Taiping sementara menanti proses rayuan.
Kuala Kangsar,13 September- 13 orang yang menyertai demontasi atas kes berjuang menegakkan kerajaan rakyat Perak melalui pilihanraya pada 2008.Proses demontrasi agar DUN PERAK dibubarkan setelah kerajaan PR dirampas pada 6 Februari 2009. Akhirnya telah dihukum oleh Mahkamah Majestrit Kuala Kangsar. 13 orang pejuang demokrasi itu dipenjara dua tahun dan di denda RM5000 setiap seorang.Mereka tidak dibenarkan membuat rayuan secara "oral".Jadi mereka akan ditempatkan di Penjara Taiping ,sementara rayuan secara bertulis akan dibuat di Mahkamah Tinggi ,Ipoh.
Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.
Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.
Posted by Sisi Bukit
Peserta bantah Rampas Kuasa Perak 2009 dipenjara 2 tahun, denda RM5,000 (Gambar)
Foto: BumiPerak
13 Penyokong PR dipenjara dua tahun dan denda RM5,000 kerana demo di Perak
Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2009, ketika penyokong PR cuba menghalang pemimpin BN mengangkat sumpah membentuk kerajaan di Perak selepas tiga ADUN PR bertindak menjadi katak yang mesra BN.
Bagi menghalang proses peralihan kuasa, segelintir penyokong PR telah mengadakan perhimpunan selain cuba menghalang kereta Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dari menghadiri upacara mengangkat sumpah bakal MB Perak yang baru.
Berikutan itu, selepas dibicarakan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009.
Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.
Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, September 13, 2013
No comments:
Post a Comment