MCA smash PM & MENTERI KABINET - Apa beza ABU CHIN PENG dengan JASAD NORDIN MAT TOP
MCA: 'Pengganas Muslim?' dikebumi di sini, kenapa Chin Peng tak boleh?
Menjelang upacara pembakaran mayat Chin Peng, MCA mempersoalkan sikap dwi-standard kerajaan berhubung dengan pengebumian dua *pengganas Muslim di sini.
Ketua publisiti parti itu, Datuk Heng Sia Kee berkata kerajaan tidak sepatutnya dilihat bersifat perkauman dan hendaklah membenarkan abu bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke negara ini.
Beliau merujuk kepada Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top, kedua-duanya dikehendaki kerajaan Indonesia berkaitan pengeboman Bali pada 2002 dan 2005, serangan ke atas hotel JW Marriott di Jakarta pada 2003, dan di kedutaan Australia pada 2004.
Katanya, Kerajaan tidak memerlukan lagi sebarang publisiti buruk dilihat sebagai membuat keputusan berdasarkan perkauman.
Tambahan pula, kata Heng, Azahari dan Nordin boleh dianggap penjahat terburuk kerana kemusnahan yang mereka lakukan itu telah mengorban nyawa orang yang tidak berdosa.
Azahari ditembak mati di Indonesia pada November 2005. Manakala Nordin pula pada satu ketika merupakan anggota militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan dikatakan pembuat bom utama JI. Dia dibunuh pada tahun 2009.
"Perlu ditegaskan bahawa tidak seperti dua pengganas yang dinamakan di atas yang matlamat mereka ialah keganasan dan sasarannya adalah pelancong yang tidak bersalah atau apa-apa yang dianggap Barat, perang Chin Peng adalah untuk mendapatkan kemerdekaan," kata Heng, sambil menambah bahawa ini tiada bezanya dengan Indonesia yang melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajahan Belanda.
"Atas peri kemanusiaan, kita perlu menghormati permintaan terakhirnya, Lagipun, apa bahaya yang boleh disebabkan oleh abunya terhadap negara ini?" soalnya.
Heng juga menegaskan bahawa bekas pemimpin PKM seperti Syed Hamid Ali dan Shamsiah Faekah juga telah dibenarkan pulang dan tinggal di Malaysia seperti yang dipersetujui dalam perjanjian damai Haadyai.
Dilahirkan sebagai Ong Boon Hua pada 1924, Chin Peng telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.20 pagi Isnin lalu di Bangkok dan mayatnya dijadualkan dibakar hari ini di sebuah kuil di Bangkok.
Antara lain, pemimpin kerajaan berhujah bahawa Chin Peng tidak menerima tawaran mendapatkan kerakyatan Malaysia selepas perjanjian damai itu ditandatangani.
Posted by Kedah Lanie at 6:00 PM
Ref -* Pengganas Muslim diguna pakai oleh MCA dalam artikel ini.
Pengebumian Jenazah Noordin Mat Top Di Pontian Johor
Pengkebumian[sunting] Noordin Mohammad Top
الفاتحة
اعوذ بالله السّميع العليم من الشيطان الرجيم
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pada 2 Oktober 2009, jenazah Noordin disembahyangkan di Masjid Nurul Iman dan dikebumikan di kampung kelahirannya, Kampung Kayu Ara Pasong , Pontian, Johor. Lebih 3000 orang hadir dan melaungkan 'Allahhuakbar'. Penerbangan Malaysia Airlines membawa jenazah dari Jakarta.Van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya digunakan.
Isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi, seorang guru al-Quran di Kampung Sungai Tiram, Johor Baharu terbang ke Jakarta untuk menuntut jenazah di Rumah Sakit Kramat Jati.
No comments:
Post a Comment