Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016
Perbezaan Sekolah Bandar Dan Luar Bandar
Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016.
"Dalam melaksanakan hasrat ini, kementerian sedang dalam usaha menambah masa pembelajaran di dalam kelas supaya murid menerima pendedahan yang lebih untuk subjek itu," katanya.
Beliau berkata, kohort pertama seramai 5,000 pelajar sudah mengikuti latihan lanjutan oleh British Council, manakala 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti.
Katanya, bagi menambah baik kualiti guru sedia ada, PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.
“Mereka bukan sahaja dapat membimbing daripada segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
“Harapan saya melalui bimbingan ini, guru dan semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.
“Bagi memartabatkan profesion perguruan, syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus diperuntukkan daripada graduan terbaik untuk memasuki profesion ini.
TMI/SEPTEMBER 06, 2013
SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa
Mengesat air mata rakyat adalah tugas kita" - Cikgu Azmi
malaysiaharmoni.com
KUALA LUMPUR- Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.
“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.
Gambar hiasan
“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.
Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.
Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.
Cikgu Azmi Presiden Teras sedang menyampaikan amanatnya
bantahjudi.wordpress.com
Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.
“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.
Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.
“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.
“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya.
-Harakahdaily
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Sunday, September 08, 2013
paksalleh-galerifoto.blogspot.com
No comments:
Post a Comment