Pages

Tuesday, 17 September 2013

Mudah Faham Kenapa #BantahTPPA.

Selasa, 17 September 2013
Photo: APA DIA TPPA ?

Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasific adalah salah satu cara lain untuk US mengongkong negera-negera yang penting kepada mereka dari sudut Geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Pasifik. Sebenarnya, Apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan Amerika Syarikat, dan akan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat akses pada sistem perolehan kerajaan. Apa saja projek dan tender dari pihak Kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan. Sebagai contoh, hak untuk kesihatan dan hak untuk akses kepada maklumat.

Dalam hal perolehan kerajaan (projek-projek awam seperti sekolah dan jalan raya) bukan sahaja terbuka kepada mereka (US), malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menubuhkan suatu badan kehakiman khas yang boleh memutuskan dan mengadili samada Kerajaan kita telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, dimana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya mereka mendapati kita melanggar syarat TPPA (yang secara tersembunyi adalah tidak adil).

Ini boleh dibuat oleh syarikat-syarikat transnasional mereka sendiri bukan kerajaan Amerika Syarikat. Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender itu atas sesuatu sebab kepentingan negara dan dasar-dasar yang diperkenalkan, mereka boleh mendakwa ini tidak adil kepada mereka kerana sebagai pelabur, mereka mesti dilayan sama taraf seperti rakyat Malaysia dan mengambil tindakan untuk mendapat pampasan pada amaun yang sangat tinggi.

Malangnya, kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini.

Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Perjanjian-perjanjian ini sedah terbukti GAGAL dan hanya menguntungkan negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan.

Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupa bentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, setelah kesan-kesan perjanjian ini dirasai. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

KITA PERLU BANGKIT MENEGAKKAN HAK KITA SEBAGAI KUMPULAN YANG AKAN MENERIMA KESAN SECARA LANGSUNG DARI PERJANJIAN INI 4 - 5 TAHUN LAGI... HAKIKATNYA PIHAK PERUNDING BUKAN BERUNDING DEMI KEPENTINGAN KITA JIKA MEREKA TERUS BERAHSIA. MEREKA SEBENARNYA BERUNDING UNTUK PIHAK US DAN SEKUTU KORPORATNYA... KERANA MEREKA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN PUAK-PUAK INI, BUKAN DENGAN RAKYAT SENDIRI... 

SEBARKAN BERITA INI, KUMPULKAN KEKUATAN, KITA PERLU LAWAN !!! 

MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL. JANGAN LAKUKAN PERUNDINGAN RAHSIA, INI BUKAN ZAMAN PERJANJIAN PANGKOR...

Nasib Golongan Pekerja
Golongan pekerja merupakan golongan yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi. Menurut perundangan sekarang, latihan/perpindahan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian keselamatan dan kebajikan pekerja perlu dijaga oleh majikan dan dipantau oleh perundangan negara. Menurut perjanjian TPPA, kerajaan perlu memberi lebih kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. Kita juga tidak boleh memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang untuk menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebaginya. Ini boleh menyebabkan eksploitasi pekerja berlaku. Gaji yang diterima tidak setimpal, kerja banyak, keselamatan dan kesihatan terabai. Pekerja juga akan menerima kesan-kesan lain dari pelbagai bab dalam TPPA termasuk kehilangan perkerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai eksport Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal dari syarikat asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. Boleh kita dapat kerja dengan syarikat asing – mimpilah!!. TPPA tidak benarkan kita letak syarat pekerja tempatan untuk jadi pekerja. Jadi lepas ni semua kerja kuli, operator dan kerja bawah dia amik dari Bangla, Vietnam, Nepal dan semua kerja bos dia ambik dari negara kaya TPP; US, Singapore, dll. Kita sama-sama berebutlah baki kerja-kerja yang ada. Malang sungguh nasib pekerja kita…

Photo: Mudah Faham Kenapa #BantahTPPA.

Photo: Bantu sedarkan rakyat tentang bahaya penipuan US dan perjanjian rahsia 12 negara ini. Gunakan logo Bantah TPPA ini sebagai profile picture anda. Menuju 11.10.2013. Rakyat bangkit !

APA DIA TPPA ?
Photo
Trans Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasific adalah salah satu cara lain untuk US mengongkong negera-negera yang penting kepada mereka dari sudut Geo-politik. Dalam hal ini, di kawasan Pasifik. Sebenarnya, Apa saja cadangan dari Amerika Syarikat dalam perjanjian ini akan menguntungkan Amerika Syarikat, dan akan merugikan kita. Apa yang dikehendaki dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat akses pada sistem perolehan kerajaan. Apa saja projek dan tender dari pihak Kerajaan Malaysia mestilah terbuka kepada mereka. Malah, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan kepentingan syarikat-syarikat pelabur lebih tinggi daripada kepentingan rakyat dari pelbagai aspek kehidupan. Sebagai contoh, hak untuk kesihatan dan hak untuk akses kepada maklumat.

Dalam hal perolehan kerajaan (projek-projek awam seperti sekolah dan jalan raya) bukan sahaja terbuka kepada mereka (US), malah sekiranya kita membuat sesuatu keputusan atau tindakan yang tidak memihak kepada mereka, mereka boleh menubuhkan suatu badan kehakiman khas yang boleh memutuskan dan mengadili samada Kerajaan kita telah menepati atau tidak TPPA yang dimeterai dengan mereka, dimana hukuman dan denda pampasan yang bernilai ratusan juta USD boleh dikenakan sekiranya mereka mendapati kita melanggar syarat TPPA (yang secara tersembunyi adalah tidak adil).

Ini boleh dibuat oleh syarikat-syarikat transnasional mereka sendiri bukan kerajaan Amerika Syarikat. Kalau syarikat mereka masuk sesuatu tender, dan mungkin kita tolak tender itu atas sesuatu sebab kepentingan negara dan dasar-dasar yang diperkenalkan, mereka boleh mendakwa ini tidak adil kepada mereka kerana sebagai pelabur, mereka mesti dilayan sama taraf seperti rakyat Malaysia dan mengambil tindakan untuk mendapat pampasan pada amaun yang sangat tinggi.

Malangnya, kita antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada negara-negara lain untuk sertai. US sedang giat berkempen untuk ini.

Ada 29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai akses penuh. Namun kita boleh jangkakan 80% daripada perjanjian ini adalah sama seperti perjanjian antara US dengan negara-negara lain begitu juga ada banyak persamaan dengan NAFTA (north america free trade agreement) dan CAFTA (central america free trade agreement). Perjanjian-perjanjian ini sedah terbukti GAGAL dan hanya menguntungkan negara kaya. Yang kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan.

Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupa bentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017, setelah kesan-kesan perjanjian ini dirasai. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

KITA PERLU BANGKIT MENEGAKKAN HAK KITA SEBAGAI KUMPULAN YANG AKAN MENERIMA KESAN SECARA LANGSUNG DARI PERJANJIAN INI 4 - 5 TAHUN LAGI... HAKIKATNYA PIHAK PERUNDING BUKAN BERUNDING DEMI KEPENTINGAN KITA JIKA MEREKA TERUS BERAHSIA. MEREKA SEBENARNYA BERUNDING UNTUK PIHAK US DAN SEKUTU KORPORATNYA... KERANA MEREKA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT DENGAN PUAK-PUAK INI, BUKAN DENGAN RAKYAT SENDIRI... 

SEBARKAN BERITA INI, KUMPULKAN KEKUATAN, KITA PERLU LAWAN !!! 

MALAYSIA BUKAN UNTUK DIJUAL. JANGAN LAKUKAN PERUNDINGAN RAHSIA, INI BUKAN ZAMAN PERJANJIAN PANGKOR...
Fb Bantah TPPA

No comments:

Post a Comment