Pages

Tuesday, 3 September 2013

Najib Terdesak Naikkan Harga Minyak!..Untuk kekal populis dan elakkan bercerita mengenai PEMOTONGAN SUBSIDI?

Selasa, 3 Sept 2013
Photo: $ Projek Kerajaan BN $

Sebelum PRU13, hampir saban hari televisyen canang BR1M, TR1MA, PR1MA, S1SWA dan pelbagai kebaikannya. Rumah usang bertukar jadi rumah mampu milik, anak orang miskin baju seluar seterika elok, Bangla bujang jadi Melayu kahwin Nealofa.

Begitu juga negeri Pakatan Rakyat air tak ada, sampah banyak, hidup susah.

Tetapi, selepas PRU13 langsung sudah tidak ada semua cerita itu.

Sebelum ini harga tiket bas naik 10%, kemudian harga ayam naik menteri kata jangan makan ayam.

Baru-baru ini TNB umum kenaikan elektrik siap beri alasan kenaikan tidak akan membebankan.

Hari ini Najib umum kenaikan diesel dan RON95 sebanyak RM0.20 mulai tengah malam ini. Bersedia untuk ketawa mendengar alasan pemimpin-pencacai BN.

P/S: Kenaikan ini hanya dikenakan untuk pengundi Pakatan Rakyat. Pengundi BN tidak tertakluk dengan kenaikan ini.
Najib Terdesak Naikkan Harga Minyak.. Ini Sebabnya
Mudah bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kekal populis dan mengelakkan daripada bercerita mengenai pemotongan subsidi. Sangat mudah.

Mengapa? Kerana inilah yang dilakukan pemimpin terdahulu untuk dikasihi dan dihormati rakyat.
Photo: Apa komen anda?
Kenyataannya, perdana menteri yang sanggup berbelanja di tempat tidak sepatutnya daripada menyelesaikan permasalahan pokok tidak wajar dibiarkan terus berkuasa.

Status kewangan negara yang sedang berdepan krisis, memaksa Najib meninggalkan zon selesanya sebagai populis ke kawasan tidak disenanginya.

Perbelanjaaan kerajaan pimpinannya semasa pilihan raya umum lalu mendatangkan beberapa kesan buruk kepada negara.
Posted by Addin Deen at 9/03/2013

No comments:

Post a Comment