'Kami Kuat, Yang Lain Teruskan Perjuangan', Kata seorang Peserta Demonstrasi Di Bukit Chandan
"Suami saya ditahan ketika mengambil gambar dan ketika ditahan, kamera masih berada tergantung di bahunya.
"Kami bersama perjuangan Dr Morsi serta seluruh pejuang Islam diseluruh negara dan Malaysia. Kami kuat dan yang lain diluar teruskan perjuangan," demikian pesanan ringkas Bad Latif.Beliau adalah salah seorang daripada 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik di Perak yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari.ini.
Kata-kata itu dinyatakan beliau ketika dihubungi oleh isterinya Nashita Md Noor.
Mengulas tentang keputusan mahkanmah itu, Nashita berkata, beliau dan suami memang difahamkan kes tersebut agak berat kerana berkait dengan institusi diraja.
Namun katanya, di dalam perbicaraan kes itu, pihak tertuduh telah mengemukakan hujah serta bukti yang kukuh berbentuk rakaman video dan gambar bagi menjadikan rujukan dalam menentukan hukuman.
"Suami saya ditahan ketika mengambil gambar dan ketika ditahan, kamera masih berada tergantung di bahunya.
"Jadi kita sudah bagi bukti, mereka bukan membuat rusuhan bahkan daripada bukti-bukti rakaman dan gambar yang kami kemukakan, mereka ini membantu menyekat pihak-pihak yang ingin membuat provokasi.
"Jadi kita harap hakim pertimbangkan daripada bukti, keterangan tertuduh serta saksi tetapi beliau tidak sangka hakim menjatuhkan hukuman mandatori," katanya ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan mahkamah.
Beliau terkejut hakim memutuskan semua tertuduh tidak boleh dibuat rayuan dan penangguhan hukuman kerana ianya tidak pernah berlaku di negara ini dalam kes berkaitan.
"Saya tak sangka, mereka terus digari dan dibawa ke penjara sekarang juga," jelasnya lagi.
Biarpun berdepan dugaan suaminya dipenjara, Nashita berkata beliau cuba kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak selepas ini.
Ujarnya, telefon bimbitnya tidak putus-putus dihubungi oleh pelbagai pihak bagi menyatakan sokongan dan dorongan kepadanya.
"Ramai yang menghubungi saya dan bertanya nak beri bantuan macam mana dan dari segi mana, ini memberikan semangat kepada saya.
"Sebelum ini saya banyak membantu keluarga mangsa tahanan ISA yang lebih berat hukumannya.
"Saya yakin saya boleh lakukan, saya seorang wanita yang kuat!," tegas beliau yang juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI).
"Dengan rasminya saya menjadi ibu tunggal."
Anak-anakku tabahlah.
Abah pejuang!
Mohon membantu selagi termampu
Baru dapat berita abang bad Abah Anas Ar Rembawi telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan mengambil gambar semasa himpuanan bantah kudeta kerajaan perak 2009. saya baru bercakap dengan kak n Nashita Md Noor. kami menangis. alngkah baik kalau saya ada bersama beliau. saya mohon bantuan dari kawan2 semua derma kilat. kak n tak bekerja dan abg bad sudah dipenjarakan mulai hari ini. mohon inbox saya untuk nombor akaun. -Raja Rohaisham Raja Muhaiddin
Tabung Bantuan Keluarga 'Ops Bubar DUN Perak'
"Bismillahhirrahmannirrahim" ...
Pelancaran Tabung Bantuan Kepada Keluarga Abah Anas Ar Rembawi dan Keluarga OKT yang lainHari ini kita menyaksikan sebuah kezaliman.
Kita melihat demi kelangsungan sebuah kuasa, rakyat terpaksa menderita.
Keluarga saya iaitu saudara Abah Anas Ar Rembawi bersama 12 yang lain hari ini SERTA MERTA dihukum penjara dua tahun mandatori hari ini dan sekarang sedang bergari untuk terus dibawa ke penjara.
Ini kes mereka berhimpun bantah Kudeta kerajaan Najib terhadap kerajaan PR di negeri Perak pada 2009. Hakim atas konon alasannya menjaga kepentingan awam dan menghormati institusi raja terus memberi hukum ini sekaligus demi menghormati sistem itu telah menyebabkan sebuah atau tiga belas keluarga kehilangan suami dan ayah apatah lagi mata pencarian. Inilah kezaliman yang maha apabila kejahatan politik telah menganiaya rakyat yang mengeluarkan suara.
Keluarga ini dengan isterinya Nashita Md Noor sangat rapat seperi adik-beradik dengan kami. Kak Nashita suri rumah sepenuh masa melakukan jualan kecil-kecilan secara bergerak. Ayuh hulurkan bantuan sokongan moral dan material apatah lagi anak-anak mereka masih belajar. Yang sulung Anas Latif menuntut di Jordan sementara yang lan Ammar, Asma dan Asiah bersekolah dengan didikan agama yang baik.
Akaun bank mereka .. Maybank Nashita : 1622 09939 776 ..
Aku harap kak Nashita Md Noor jadi wakil untuk tahanan OKT 'Ops Bubar DUN Perak'
Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2013/09/dengan-rasminya-saya-menjafi-ibu.
No comments:
Post a Comment