memecrunch.com
Awas! Bacaan Umum 18 sx
MEMANG PANAS!! PEMANDU NAJIB MABUK MINUM BRANDI?? JAHANAM NEGARA MACAM NI, PUII!!!
Setahu aku mereka ni jibrauk yang buatkan pok jib di taji kiri dan kanan kerana idea bhagal mereka!! adakah mereka nak jatuhkan najib atau ada niat bahlol nak jahanamkan negara?? itu aku tak pasti. yang nyata keputusan naikkan harga minyak rm0.20 membuatkan ia panas, yang kritik bukan dari pakatan sahaja, malah ramai penyokong kuat kerajaan bn pun balun kaw kaw isu minyak ini... so????
Dicatat oleh headbomb di 5:57:00 PTG
HOT! PEMANDU Najib Mabuk Punca Negara Bakal Huru Hara!!
'Kerajaan berterusan membazirkan wang'
Semalam blogger Otai Rocky Bru telah menulis satu entri mengenai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) yang agak panas juga.
Tajuknya saja menunjukkan, sesuatu yang panas di PEMANDU menjadikan para blogger naik angin.
Menurut entri Rocky, pada hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan 20 sen pada harga petrol RON95 iaitu Isnin lepas, beberapa blogger arus perdana dijemput untuk menghadiri satu sesi taklimat media di Kementerian Kewangan.
Para blogger diminta memberikan maklumbalas kepada pihak kementerian berkenaan program rasionalisasi subsidi, pembentangan Bajet 2014 dan juga beberapa polisi.
Blogger yang hadir diminta memberikan maklumbalas berkenaan melalui sesi perbincangan di dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Selesai taklimat, blogger terus memulakan tugas diamanahkan. Maklumbalas para blogger ialah, langkah rasionalisasi subsidi tidak akan berjaya jika kerajaan berterusan membazirkan wang.
Pegawai Rasmi : Membazir ke atas apa?
Blogger : Saya boleh sertakan senarai 100 perkara ketika ini yang kerajaan sedang membazir wang.
Pegawai Rasmi : Seperti apa?
Blogger : Seperti membayar gaji yang tinggi kepada pakar rujuk atau konsultan yang tidak penting dan tidak diperlukan.
LANCAR SERANGAN KE ATAS PEMANDU
Menurut entri Rocky, PEMANDU kini dipandang sinis oleh para blogger pro-kerajaan. Menurut beliau, beberapa anggota kabinet Najib turut mengesyaki sesuatu ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala yang diamanahkan untuk memimpin PEMANDU.
Perbandingan pun mula berlaku di antara PEMANDU dan juga Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang lebih berkesan di Jabatan Perdana Menteri yang telah berhasil memberikan kesan positif kepada ekonomi negara berbanding membelanjakan jutaan ringgit kepada pakar rujuk.
Rocky turut menampilkan beberapa entri serangan blogger pro-kerajaan kepada PEMANDU ini dan isunya sekali.
Antaranya ialah tulisan Syed Akbar Ali melalui blognya syedoutsidethebox.blogspot.com yang menulis PEMANDU memiliki beberapa orang pegawai yang akan mengagalkan perancangan Najib dalam mentadbir negara.
SENARAI PEGAWAI KANAN DALAM PEMANDU
Entri beliau pada 29 Ogos mengatakan beliau menerima satu email pada awal pagi itu yang disertakan dengan senarai pegawai-pegawai kanan di PEMANDU yang didakwa mentadbir negara dengan kebenaran Perdana Menteri.
Menurut email yang diterimanya, para individu itu masih muda tetapi diberikan jawatan tinggi di PEMANDU
Pengirim email turut memberikan senarai 17 kakitangan PEMANDU dengan sembilan dari mereka berbangsa cina, dua berbangsa India dan Melayu cuma enam orang.
Menurut tulisan entri Syed Akbar, takkan di sebuah jabatan yang sensitif di bawah seliaan Perdana Menteri yang bangsa Melayu menjadikan populasi hampir 60 peratus hanya boleh melantik enam orang Melayu di dalam PEMANDU.
Rocky turut berkongsi entri tulisan blog The Benchmark pada 3 September lepas yang mempersoalkan integriti salah seorang pegawai di dalam PEMANDU.
Posted: Kedah Ke KL
No comments:
Post a Comment