Pages

Monday, 16 September 2013

Pantau Guru Yang Menentang PPPM - emel kepada saya, idrisjusoh@moe.gov.my

Isnin, 16 September 2013

"KOTA BHARU 15 Sept. - Pengarah Pendidikan di setiap negeri diminta supaya memantau guru-guru yang menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) secara terang-terangan.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebagai kakitangan kerajaan mereka sewajarnya menyokong polisi yang dilaksanakan dan bukannya menyerang secara membuta tuli.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya golongan pendidik mahu mengkritik PPPM tetapi ia harus dilakukan mengikut saluran yang betul.

"Kalau hendak kritik, boleh kritik tetapi beritahu kepada saya, saya terbuka, saya lihat dalam pelaksanaan ada kelemahan yang perlu kita baiki tetapi tidak secara keseluruhan pelan ini tidak betul dan mengatakannnya ia satu kesilapan yang besar.

"Kalau dalam pelaksanaan ada kesilapan saya terbuka untuk kita betulkan, emel kepada saya, idrisjusoh@moe.gov.my, dalam keadaan sekarang tidak ada apa yang perlu ditutup, kalau ada kelemahan kita sanggup perbaiki, jangan ada secara terus-terusan menyerang kerajaan," katanya kepada pemberita selepas Seminar PPPM 2013-2025 di sini hari ini.-UM/TKO

No comments:

Post a Comment