Dr. Mahathir sindir PPPM Muhyiddin tapi senyap bab Rumah Terbuka Najib?
Fb Solidariti Anak Muda Malaysia
Aku tak kata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 tu tak perlu, maksud aku dengan menggunakan kepakaran tempatan mungkin kos dapat dikurangkan tapi hasil yang lebih baik.
Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.
Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai". - TMI.
Aku langsung tak terkejut dengan cerita macam ni. Puak-puak Umno BN ni dalam bab nak nampak hebat dan dalam masa sama perabih duit depa memang cekap.
Dalam hal ni aku cukup setuju dengan Dr. Mahathir.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti. - Ibid.
Takkan takdak kut pakar tempatan termasuk dipusat pengajian tinggi dalam negara yang boleh jadi penasihat dan bangunkan pelan macam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015. Lagi pun sebagai orang tempatan tentu depa lagi arif pasai permasalahan dan kekurangan yang kita ada.
Dengan RM20juta tu kalau digembeling 100 pakar tempatan tentu lebih banyak aspek yang boleh dikaji dengan lebih detail lagi sebelum pelan tu dibangunkan.
Tapi bila fikir balik apa sangat la kalau takat RM20juta tu. Tara kos rumah terbuka hari raya pun Najib tutuh sampai RM2.88juta untuk jamu 80,000 orang tetamu dengan kos satu kepala RM36.
Bab ni Dr. Mahathir tak bising pulak. Mungkin kut Dr. Mahathir takdak kepakaran dalam bidang katering kut ataupun mungkin Dr. Mahathir pernah buat dengan kos yang lebih tinggi sebelum ni.
Dalam keadaan kerajaan dok mengeluh pasai tak cukup duit sampai sanggup susahkan rakyat dengan kurangkan subsidi minyak tapi dalam masa yang sama sanggup pulak berbelanja mewah dan tak perlu.
Aku tak kata Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 tu tak perlu, maksud aku dengan menggunakan kepakaran tempatan mungkin kos dapat dikurangkan tapi hasil yang lebih baik.
Dan kalau pun perlu keluarkan kos sebanyak tu jugak, sekurang-kurangnya duit tu berlegar dalam negara saja yang tentu sikit sebanyak merangsangkan jugak ekonomi negara.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09/mahathir-sindir-kos-pppm-muhyiddin.
thanks ya infonya !!!
ReplyDeletewww.bisnistiket.co.id