Pages

Thursday, 12 September 2013

Pukul gambar pemimpin negara dengan selipar, di Mahkamah Jalan Duta ditahan...

Jumaat, 12 September 2013
Diterbitkan Belia Bangkit Pada 11:34:00 PG
Lelaki ditahan pukul poster pemimpin dengan selipar
Polis hari ini menahan seorang lelaki berusia 55 tahun kerana bertindak memukul poster wajah pemimpin negara dengan selipar di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditangkap oleh sepasukan anggota yang ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada pusat kawalan pada kira-kira 11.25 pagi.
  
Katanya ketika ditangkap lelaki itu sedang memegang gambar seorang pemimpin negara dan memukulnya dengan selipar.
  
Suspek, yang bertongkat dengan kaki kirinya bersimen, dikatakan datang berseorangan ke tempat kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi.
  
Lelaki yang dikatakan mempunyai tiga anak itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul untuk siasatan.
  
Ketika dihubungi Bernama hari ini, Ku berkata lelaki itu mendakwa bertindak demikian kerana tidak berpuas hati rumahnya di Sungai Besi, mengalami masalah paip tandas tidak dipasang, pendawaian elektrik yang tidak sempurna dan dia tidak menerima sebarang bantuan kesihatan walaupun menghidap penyakit kencing manis.
  
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
  
Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Sahit Urit memberitahu pemberita bahawa sebelum itu beliau telah menasihati lelaki tersebut supaya tidak melakukan kekecohan dan keluar dari situ tetapi tidak dihiraukannya.
- Bernama.
SYAITAN TAKUT DENGAN SELIPAR IMAM AHMAD IBN HANBAL
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari ketika mensyarahkan Kitab Ma'a Auliyak Was Sollihin,Syeikhuna ada menyebutkan suatu kisah menarik yang berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal,pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal adalah zaman Iraq diperintah oleh seorang Amirul Mukminin dari Khilafah Abbasiyyah, Almutawakkil Ala Allah Jaa'far bin Mu'tasim.

khalifah yang menggantikan saudaranya Al Mu'tasim yang wafat pada tahun 323 H. Khalifah al Mutawakkil mempunyai seorang jariah yang beliau sayangi. Ditaqdirkan suatu hari, jariah itu telah dirasuk jin. Telah bermacam ikhtiyar beliau usahakan namun masih gagal. Akhirnya, beliau telah dinasihatkan untuk meminta ubat dengan Imam Ahmad.

Khalifah al Mutawakkil telah menghantar wakil untuk bertemu dengan imam Ahmad. Cubaan pertama telah gagal kerana Imam Ahmad enggan untuk pergi ke Istana. Beliau berhujah jika pihak istana mahukan khidmat beliau, seharusnya pihak istana datang kerumah beliau. Percubaan kedua yang hadir bersama surat rasmi juga tidak diendahkan oleh Imam Ahmad. Khalifah al Mutawakkil menghantar utusan ketiga dan mengarahkan utusan itu tidak pulang kecuali dengan hasil.

 (read more : http://khalifahalhidayah.blogspot.com )

Atas permintaan itu, Imam Ahmad mengambil seliparnya dan diberikan kepada utusan itu. Beliau menyuruh utusan itu memberikan seliparnya kepada Khalifah al Mutawakkil. Kemudian khalifah al Mutawakkil perlulah mengangkat selipar itu lebih tinggi dari kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...". Segeralah pulang utusan dengan membawa selipar Imam Ahmad.

Terdesak dengan keadaan jariah nya itu, Khalifah al Mutawakkil pun mengikuti segala pesan Imam Ahmad bin Hanbal. Diangkatnya selipar itu melepasi kepalanya dan berkata "..... hei syaitan dan jin yang berada didalam tubuh budak ini, keluarlah engkau dari tubuh ini, jika tidak akan aku pukul engkau dengan selipar Ahmad bin Hanbal...".

Seusai disebut kalimah itu, terbit dari belakang jariah itu beberapa lembaga hitam dan lari dengan segera. Sebelum pergi jin itu berkata, " .... wahai khalifah, nasibku baik kerna engkau menyuruh aku keluar dari tubuh nya sahaja, jika engkau menyuruh aku keluar dari Iraq, tidak akan kusentuh bumi Baghdad ini..."

sumber  http://khalifah-samudera.blogspot.com

No comments:

Post a Comment