Operasi AES kini dikendali PDRM
Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES sedia ada.
Beliau ditanya mengenai desas-desus bahawa AES akan diserah kepada polis apabila urusan pengambilalihan daripada syarikat swasta seperti yang diumum oleh kerajaan baru-baru ini selesai.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu bulan lepas, berkata kerajaan membuat keputusan mengambil alih AES selepas mendapat maklum balas daripada jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan bagi meneliti isu tersebut.
AES yang dikuat kuasa sejak Sept tahun lepas ialah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.
Sistem itu antara lain bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya selain meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan.
- Bernama
Solidariti Anak Muda Malaysia
Posted By Greenboc
KALI NI KITA LIHAT BEZA AES AUSTRALIA DENGAN AES MALAYSIA PULA (GAMBAR)
Di Australia siap bagi tahu ada kamera dihadapan dan had laju....Di Malaysia agak misteri kah3....
Dicatat oleh Na'im Nikmat
BEZA AES MALAYSIA DENGAN AES AMERIKA (GAMBAR)
Dicatat oleh Na'im Nikmat
No comments:
Post a Comment