Saya cakap lain mereka tulis lain-TGNA
"Ambo royak lain puok tu tulih lain!"
TheSniper
"Ambo royak lain puok tu tulih lain!"
TheSniper
“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.
Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.
Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.
Polemik tersebut seperti sengaja diuar-uarkan memandangkan muktamar tahunan PAS dijangka berlangsung pada akhir November hadapan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, ulama adalah mereka yang boleh bercakap dengan dalil al Quran dan Hadis biar pun bertali leher atau memakai songkok.
“Percakapan dia berdasar kepada al Quran dan Hadis. Ada pihak sekarang sengaja hendak pelaga-lagakan ulama dan professional. Mereka ini orang yang berfikiran kebangsaan.
“Ini bukan cara memberi ilmu kepada rakyat tentang gerakan Islam. Kita bangun berucap bukan pandai-pandai kita sendiri. Orang pertama yang membuat ucapan ialah Nabi Muhammad saw.
“Jadi bila berucap kita sambung apa yang diberitahu Nabi Muhammad saw dengan membawa dalil al Quran dan Hadis. Ini barulah kita benar-benar jadi pendokong gerakan Islam, bukan sekadar ahli PAS sahaja,” ujarnya.
Oleh yang demikian katanya, mana-mana pemimpin PAS berucap hendaklah diikat dengan nas al Quran, Hadis dan Sirah.-Harakahdaily
Ini Bukan Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz.. Tapi Utusan Yang Spin
Presiden, Timbalan Presiden Mestilan Ulama'
Uploaded on May 1, 2009
Kenyataan Ketua Dean Ulama. PAS, Dato' Ustaz Mohamad Daud Iraqi disokong oleh PAS Terengganu dengan penegasan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu Ustaz Abu Bakar Abdullah
Baru-baru ni beberapa pemimpin Pas termasuk pemimpin Pemuda menyokong apa yang disebut Utusan Meloya supaya jawatan TP Pas mesti ulama kononnya TGNA berkata demikian..sila tarik balik! Dulu bukan main lagi buat kempen boikot Utusan,suruh bakaq la..tapi bila akhbar tu kini jadi ejen perosak Pas pakat timpa kutip berita dari tepi jalan untuk kukuhkan kedudukan pihak tertentu dalam parti.Posted by MISAIMERAH at 5:24 PTG
TUKAR TIUB
Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar nanti
Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini.
Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.
Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS sementara kawasan Besut dan Segamat mencalonkan Abdul Hadi untuk jawatan itu.
PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat. ~the malaysian insider
No comments:
Post a Comment