Pages

Tuesday, 3 September 2013

Tipu Subsidi Minyak: Prof Madya Hamid Yeop buktikan subsidi minyak tidak wujud...

Selasa, 3 Sept 2013
Prof Madya Hamid Yeop buktikan subsidi minyak tidak wujud...
HAMID YEOP
Menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’ - sinar

Setelah membuat carian sana sini, terjumpa pula penemuan oleh marhaen. Fakta yang diberikan marhaen juga boleh membuktikan subsidi minyak hanya wayang low kelas macam tandas putera juga. wakaka.



ikhwanhafiz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment