paspb2.blogspot.com
"Harga barang ketetapan Allah"
Mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang...
Nasrudin Hassan
Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.
"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.
Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.
"Siapa yang mengetahui kecuali Allah? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.
"Oleh itu,Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya)," kata Fathul Bari menulis di artikelnya lagi.
Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang."Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.
Mohd Asri kemudiaan menggesa Fathul Bari supaya berhujah menggunakan ilmu serta meluahkan kebimbangannya terhadap artikel yang ditulis oleh Ulama Umno tersebut.
"Jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki.
Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
Sejurus pengumuman itu, orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan langkah tersebut membebankan.
Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas pengumuman tersebut berkata kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini.
Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global.
Kerajaan disedarkan mengenai realiti kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk. - 9 September, 2013.
TMI/OLEH MD IZWAN
No comments:
Post a Comment