1BestariNet
Bhai/DeeDee sekalian...Aper yang gua nak storykan nih sebenarnya aderlah sebahagian daripada satu siri pendedahan penyelewengan yang tak sepatutnya berlaku dalam Kementerian Pelajaran/Pendidikan...
Benda nih dah lama dah gua perhatikan... Tambah lagi wife gua berkhidmat sebagai seorang guru... Makanyer gua ader indepth knowledge pasai benda nih...
Okeh... Penyelesaian jalur lebar untuk kemudahan sekolah-sekolah telah diletakkan dibawah program 1BestariNet yang diberikan konsesinya kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar YES milik YTL (Jutawan kroni Mahathir Mohamed)
Kos penyediannya disediakan oleh Kerajaan Malaysia yang katanya hanya sekadar RM663 juta... Yang katanya juga melalui open tender dimana 14 syarikat masuk bersaing
Tapi ...
Tapi ader sesuatu yang ramai orang tak tahu... Ialah bilamana pihak YTL telah melakukan satu tindakan yang tidak beretika menggunakan program 1BestariNet tue...
Setelah pihak YTL mendapat peluang memasang menara komunikasi di kawasan sekolah yang diperuntukkan untuk program 1BestariNet... Pihak YTL juga memperkudakan rangkaian jalur lebar tersebut untuk memberikan perkhidmatan YES kepada pelanggan komersial bagi kawasan berhampiran...
Ini menyebabkan bandwidth yang sepatutnya digunakan untuk program 1BestariNet kini telah dikongsikan kepada pelanggan jalur lebar komersial YES Mobile...
Benda nih gua dapat detect waktu gua buat bandwith checking dan perkara berkaitan dengan tower management bagi pihak satu syarikat telco yang lain... Gua dapati pihak YTL telah mempergunakan communication tower untuk 1BestariNet bersekali dengan bandwidth 1BestariNet untuk tujuan komersial mereka..
Ini bersalahan dengan prasyarat tender yang telah dianugerahkan kepada mereka.
Jika dahulunya sekolah akan mendapat bandwidth sebesar 45mbps... Kini ianya mendapat sama ada separuh atau kurang daripada itu.
Dan dengan projek 1BestariNet... puhak YTL telah dapat membesarkan coverage perkhidmatan komersial mereka tanpa mengeluarkan kos penyewaan tapak untuk memasang tower dan segala kos yang berkaitan.
Sungguh menguntungkan lah projek 1BestariNet kepada YTL... Sudahlah dibayar untuk penyediaan infrastruktur tapi boleh pula mengaut keuntungan atas khidmat komersial (seperti parasit @ dedalu)
Mmmm... Best betul lar Malaysia nih..
Ngomelan SysOp pada 10:54 AM
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/10/1bestarinet.html
No comments:
Post a Comment