Pages

Thursday, 24 October 2013

Video Amukan 'Budak Penghantar Barang' - 2 mati 2 cedera. Selamatkah Kita?

Khamis, 24 Oktober 2013


Seorang penduduk kampung menunjukkan gambar suspek yang sempat dirakam dalam kejadian tikam di Taman Melati di Kuala Lumpur, Khamis. Dua orang awam maut, dua cedera apabila ditikam secara rambang oleh seorang lelaki dipercayai pengikut ajaran sesat, di Setesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati pada Khamis. Foto BERNAMA




Suspek
KUALA LUMPUR: Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati.
"Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja.
Mangsa tikaman
"Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba.

Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. - 24/10/13
MStar.
Anggota polis mengangkat mayat pelajar lelaki yang terbunuh setelah ditikam sebanyak
tiga kali oleh suspek di Jalan Tumbuhan, Wangsa Maju.










No comments:

Post a Comment